Tuesday, 26 July 2016

Penghujung Syawal

Allahu...

Hari ini saya berbekal semangat baru yang cuba dikutip hujung minggu yang lalu, tercalar sedikit hati dengan sedikit teguran. Namun saya cuba bersangka baik yang bahawa ia untuk kebaikan saya juga.

Tapi tu lah... terkadang tak termampu nak jelaskan semuanya. Saya terkadang mungkin lurus sangat, yakin dan percaya  orang akan bersangka baik. Takpelah, mungkin ada khilaf tersembunyi sebagai kifarah.

Terkadang saya tak reti nak jelaskan secara verbal dengan panjang lebar. Semua stuck dalam gambaran minda. Banyak nak cerita tapi tak keluar dengan kata2 secara spontan. Bila dah lama baru la berjela2 sebenarnya nak jelaskan. Ini menyebabkan orang akan banyak bersangka silap. Huh! Dah lah lurus.

Pengalaman. Ya..

Saya akui Ramadhan tempoh hari dan bulan 5 saya agak banyak ambil cuti..sebab uruskan urusan belajar dihujung semester dan terkejar2 dengan eksperimen akhir...terheret pula emergency leave Allah hadirkan berturut2 selepas naik cuti raya...

Saya perasan, saya banyak hilang diri..seminggu sekali ada je masalah. Tapi, siapalah saya tuk menidakkan keadaan yang berlaku. Mungkin untuk yang akan datang sy perlu lebih berhati2 untuk selesaikan sesuatu perkara yang urgent dan important. Jika boleh jangan selitkan antara waktu rehat dan jika urusan tersebut tidak melibatan masa pejabat. Jika boleh jangan berlaku hari senin...haha (Huhu! Jika boleh...)

Entahlah... tak tau nak jelaskan macam mana... terkadang mungkin perlu sertakan bukti macam gambar ke..baru orang percaya kot. Huhu!

Saya perlu jadualkan kembali masa saya.

Hari ini terkejar ke RHB taman equein sbb perlu jelaskan "hutang" saya terpaksa pilih tengah hari sbb malam lepas balek keje saya perlu ke celcom diarea rumah pula. Ya semua perlu hari ini sbb ia urusan urgent dan important. (Duedate dah terlebih sbb tggu gaji) Termenyesal pula terima pelawaan join makan-makan. Niat nak meraikkan pelawaan dan bersosial..nnt kata sibuk sangat pulak..tapi memang pun..nak buat macam mana.

Ditakdirkan kereta saya tersengguk2...kereta tua banyak la pulak ragamnya dari minggu lepas..nak tak nak kena berhenti kat bengkel. Ditakdirkan hari ni task baru dapat..nk kena settle hari ni jugak..pastu saya tak de.. mana tak kene sound (mungkin dah perati lama, pastu nak ditakdirkan hari ni pula "buat hal" memang cun kaw2 la kena)

Ni baru satu EL ... nak cerita yg sebelum2 ni? Banyak..panjang pulak nanti..tak perlulah..Allah dah rekod.

Tapi entah, Allah campakkan rasa berlapang dada atas teguran tersebut. Tersentak sekejap, hampir tertitis air mata. Tapi lepas istighfar, boleh senyum dan saya ucapkan terima kasih kepada yang menegur.

Sebab saya tahu saya bukan sengaja atau mengadakan cerita. Lain la saya cuti sesuka hati pastu gi klinik bayor claim MC.. haaaa tu gaji memang tak berkat. Belum tambah tolak tengok fb..main whatssup ngan tengok movie time keje lagi haaa...tu bukan duit gaji je tak berkat, masa pun boleh jadi tak berkat..

Allah tahu. Allah nampak.

Saya memang berniat untuk ubah jadual saya dan ada niat nk ganti masa2 kerja  saya yang saya rasa mana yang tak puas hati dengan ganti kerja lebih masa bulan2 mendatang dan lebih komitmen dan cuba selesaikan masalah diluar waktu kerja.

Yela..kekadang berurusan time lunch hour terlajak sejam setengah jam sbb traffic..ni ada la berlaku beberapa kali time bulan 5 hari tu ... ada jugak sbb terlepas ofis hour..kena lah tggu pejabat bukak dah ambil masa..

Memang saya target bulan 8 sampai bulan 12 saya nak pastikan komitmen kerja dan belajar saya tip top. Sebab semua ini adalah amanah saya. Begitulah hasil resolusi muhasabah bulanan dan mingguan saya. Azam setiap hari dan diuji setiap hari..

Penat. Air mata ketabahan dah tak terkeluar..senyum leret je bila jumpa orang. Sembunyikan semua kalau boleh.

Ni saya belum update berkenaan penyelidikkan dengan ayahanda lagi...haaa... yang ni saya update next week ye ^^

Lagi seram sebab berbaki hanya sebulan...

Agak2 la jika anda diuji seperti saya bagaimana? 

Lain orang lain ujiannya, oleh itu memang tak boleh nak bandingkan sbb perfomance measurement tak sama hahah!

dan....

ada hikmah atas ujian itu. Stay positif! Caiyok!

Senyum :)

Jom tido.. tak lena pikir thesis...

Syawal apa cerita? Haha tak perlulah update..takde yg menarik sangat..syukur sebab "situasi" lebih baik berbanding yang lepas..Alhamdulillah..

Monday, 27 June 2016

Ibu ibu ibu

Allahu ...

Entah mengapa, malam ini terasa sayu.

ya... saya rindu ibu.. jarang saya lafazkan ia..

ya... kerana saya anak manja ayah :)

Ibu memiliki karakter yang kontra berbanding ayah. Sangat berbeza.

Ibu tegas, garang dan sukar mempamerkan kasih sayang pada anak-anak.

Kerana itu saya jarang bermanja dengan ibu.

Namun,

lewat meniti usia tuanya, ibu lebih sensitif lebih emosi... dan sepanjang kedewasaan ini banyak saya belajar untuk menata hati ibu..

Allahu...

saya masih gagal kuntumkan senyum diraut wajah ibu... masih belum cukup mengalih gusar hatinya ...

temenung lama saya...

"Kabulkanlah doa ibu ya robbi! leraikanlah beban jiwanya... andai apa yang ibu deritai kini sebagai kifarah dosanya, ampunkanlah ya Allah. limpahkanlah hidayah dan rahmat kasihmu buat ibu... ."


Thursday, 16 June 2016

"You are always a good fighter, you can go through this"

"You are a good fighter, you can go through this"

Along ada memberikan kata-kata ini, diakhir nasihatnya.

"Jangan putus asa,

Jangan fikirkan perkara yang boleh trigger depress,

Umi perlu lebih fokus dan sibukkan diri dengan thesis, ketepikan semua yang distract umi"

Ada dua orang sahabat seperjuangan yang sudah berumahtangga berjaya habis diakhir garisan lebih awal dari saya, walaupun mereka pada peringkat awalnya agak terkebelakang dari saya. Saya suarakan akan hal ini pada along.

"Umi, masing-masing ada ujiannya.. kita tak boleh nak samakan. The real competitors is yourself"

Ya, benar kata along.

Ada hikmah saya masih bersendiri, boleh jadi saya tak dapat fokus jika saya punya keluarga dan buat PhD pada masa yang sama, walaupun saya rasa saya mampu. Sesungguhnya Allah lebih tahu. Dan boleh jadi mereka tidak kuat jika berjuang sendiri, perlu ada teman hidup disamping diri.

Jangan pernah ukur kebahagiaan, kesenangan malah kegembiraan orang lain dengan kita. Sebaliknya carilah kesemua itu dalam kejerih payahan kita, pasti ada dan disitulah erti sebenar syukur.

Kak Z pernah pesan,

"Alifah, awak tahu Dr.Hussain tu graduate semasa dia semester berapa?"

"Erm.. semester berapa kak?"

"Semester 12 tau...Awak sendiri tengok dia macam mana kan? rajin datang lab buat research pagi-pagi kol 8 sampai jam 5petang, solat memang awal waktu..tapi tulah..masing-masing ada ujian masing-masing. Semester... cepat atau lambat siap tak penting. Yang penting adalah kita siapkan apa yang kita dah mulakan."

"Lagi sikit sahaja Alifah, akak yakin awak boleh siapkan. Teruskan konsisten momentum awak"

Saya banyak dengar "keajaiban" dalam perjalanan kembara ilmu ini. Ada diantaranya susah semasa peringkat awal tapi Allah mudahkan semasa peringkat akhir dan ada yang sebaliknya.

Saya menulis ini, saat saya mendapat berita sahabat saya sudah siap sedia hantar thesisnya kepada co-supervisor. Seorang ibu beranak tiga. Dahulu dia selalu mengadu sukar akan dirinya hendak membahagikan masa dirumah dengan anak-anak dan beliau amat cemburu dengan saya yang single sebab boleh fokus buat kerja. Saya hanya tersenyum ketika itu, alangkah andai dia berada ditempat saya... berupayakah dia harungi? Saya terus berikan kekuatan semangat kepadanya. Alhamdulillah kini sampai juga kegarisan akhir. Kini dia pula memberi dorongan supaya kami dapat konvo sama-sama :)

Saya termanggu. mencari kekuatan disudut yang lain. Saya masih belum kuat berusaha. Saya masih belum cukup dekat dengan Allah hingga datang pertolonganNya.

Sesuatu yang perlu saya muhasabahkan.

Allahu...




Ulang ambil data

Hari ini masuk hari ketiga saya cuti untuk research. Hasil analisa memerlukan saya ulang ambil semula data 30 respondan. Setiap respondan ada dua stesyen untuk cubaan. Sangat mengambil masa yang lama jika dibuat penuh teliti.

Saya kira, saya terpaksa korbankan cuti hari raya dan cuti tahunan saya untuk eksperiment akhir ini. Minggu ni tekad nak pulun habis untuk eksperiment.

Menulis tiada masalah jika hendak bahagikan masa dengan tugasan kerja, sebab tidak melibatkan interaksi dengan orang lain. Untuk eksperiment kali ni tak memerlukan input dari user.

Saya wajib ada keputusan analisis Jumaat ini supaya minggu hadapan atau sebelum cuti raya saya boleh present akhir kepada supervisory comittee saya.

Bulan puasa yang amat menguji.

Caiyokss!!!

Wednesday, 15 June 2016

Memerangi emosi diri

A Beautiful Mind 




Pernah tonton kisah A Beautiful Mind?

Ia adalah kisah motivasi buat diri saya. Saya sering ulang tonton agar saya dapat kembalikan semula semangat yang hilang dan ketika emosi saya mula "menggila". Apa yang saya alami bukanlah seteruk Schizophrenia sebagaimana yang diuji oleh Allah kepada Profesor John Nash.

Acute Depression atau bahasa mudah kemurunguan yang tinggi.

Ia adalah salah satu penyakit pskikologi yang jika tidak dirawat dengan betul ia boleh membinasakan diri dalam diam. Ini adalah apa yang pernah saya alami ketika usia 18 tahun. Kisah itu terlalu gelap untuk saya sedia kongsikan dan ia merupakan asbab kepada penangguhan pengajian saya di matrikulasi selama setahun ditambah pula kata mereka yang menguruskan saya ketika itu, saya ditegur benda keras dimatrikulasi saya.

Tatkala seakan "terjaga" dari tidur yang panjang dalam "kerehatan" sepanjang setahun ketika itu, ada hikmah yang saya perolehi.

Iaitu untuk saya lagi akrab dengan Allah.

Mujahadah berperang dengan depresi.

Sukar, tapi saya harus belajar mengawal dan tidak mengikut perasaan yang melampau. Lagi-lagi saya yang bersifat Intorvert, suka menyendiri.

Situasinya sering berlaku bila saya terlalu fikirkan sesuatu yang sedih keterlaluan dan terkadang ada satu masa dengan tiba-tiba rasa amat sedih, menangis sendiri. Ketika ini, Along dan Intan menjadi bahu untuk saya menangis. Jarang saya hubungi ayah, kerana tidak mahu ayah risau. Dari situ saya cuba bangkit.

Jika saya tidak segera bangkit boleh menyebabkan saya tidak buat sebarang kerja semata-mata ikutkan perasaan emosi sedih itu.

 Kerana itu saya gemar sibukkan diri dengan pelbagai target dalam kehidupan yang merangkumi segenap potensi kemahiran; fitness, bachaton, menjahit, projek menulis, bisness. Semua itu merupakan salah satu kaedah saya melawan dari membenarkan emosi sedih itu hadir.

Dan beberapa hari yang lepas ia ada datang lagi, dan saya terbazir dua hari keterbelakang dari jadual penyelidikan yang saya rancang.

Teringat saya ketika saya "sakit" dahulu, setiap malam ayah teman disisi saya sambil berzikir... mengusap kepala dan terus berzikir hingga saya terlena. Walau dalam sedar tidak sedar, momen itu Allah kurniakan ingatan yang jelas buat saya.

Saya perlu segera bangkit. Syair Qalbi (Zikir Hati) adalah terapi wajib saya.Terapi zikir Hafiz Hamidun berlagu merdu tak putus-putus saya ulang siaran sambil ikut sama syairkan qalbi. Zikir yang paling saya gemari adalah Hasbi Rabbi... entah kenapa ia begitu sayu meruntun hati tatkala lafaz itu berlagu dijiwa.

Teringat bahan bacaan bertajuk "Aku Nabi Isa" hasil karya pakar psikatrist berkongsi pengalaman beliau berdepan dengan pelbagai bentuk masalah jiwa. Sesuatu yang menarik, menurutnya setiap orang miliki potensi untuk bersikap diluar tabii..pabila kisah silam, pengalaman mahupun tekanan yang dia berdepan tak dapat dikawal dengan hati dan akal. 

Kerana itu rohani perlu mantap...hati adalah raja dan tak semua orang normal perasan dan sedar yang mereka berdepan dengan penyakit emosi dan mental secara tak langsung...secara diam dan tanpa sedar. Tak percaya? Lihat akhlaq dan sikap seseorang tika amrah atau diberi tekanan yang hebat..bagaimana dia bereaksi.. jika pilih gantung diri dan terfikir jalan itu.. memang ada masalah...




Allahu ... Moga dipermudahkan segala urusan..






Monday, 13 June 2016

Minggu Kedua Ramadhan

Kekalkan Momentum 

Alhamdulillah untuk minggu pertama Ramadhan, moga momentumnya bertambah baik hingga ke penghunjung Ramadhan.

Hari ini saya berjaya merangka sebaik mungkin untuk minggu kedua. Hmm.. cuma ada sedikit masalah emosi yang perlu diuruskan dengan baik.

Ramadhan sememangnya banyak kenangan luka. Kerana itu saya amat perlu berperang habis habisan agar saya tidak hanyut dan lemas dengan emosi saya sendiri. Depresi itu harus dilawan.

Alhamdulillah, saya selesai garapkan cerpen pertama saya yang saya kira tidaklah sebagus mana. Ia hanyalah lebih kepada bentuk-bentuk lempiasan perasaan dan monolog diri. Hmm.. saya mesti cuba lagi supaya ada isinya yang boleh diberi manfaat.

SyairQalbi

Sepanjang waktu... saya ulang-ulang koleksi CD zikir terapi Hafiz Hamidun. Ayah selalu pesan. Emosi yang sedih, kesepian yang dirasa, kesunyian yang menyelebungi usah dilayankan. Banyakkan berzikir.

Moga saya kuat dan tabah untuk Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik.

Friday, 10 June 2016

Day 5 Ramadhan

Alhamdulillah... minggu lepas laju siapkan  eksperiment akhir. Saya ambil masa seminggu dan terus siapkan. Letih juga sebab terlajak hingga masuk bulan Ramadhan.
Hari ini saya ambil cuti lagi, hmmm supervisor kerja tak reply mesej..risau pulak jika dia marah sbb saya kebelakangan ini ambil cuti seminggu dua kali.. huhu! Tapi tu la keje kat ofis saya sudah siapkan setakat yang diberi.

Kekuatan dari Ayahanda

Ada sedikit kekuatan dari ayahanda saya dapat hari ini. Sedikit keyakinan bahawa saya boleh lalui kesukaran ini dengan baik.

Selepas perbincangan, ayahanda ada tanyakan tentang skill membuat aplikasi smartwatch atau android apps. Saya respon, di mana perlu belajar banyak lagi dan memang berminat untuk explore. Saya memang minat sangat dengan gadjet2 tersebut dan memang niat nak explore lebih tentang semua tu untuk research seterusnya. 

Haha! Saya suka invent! Target untuk research post doc pula nanti. Tapi cadang nak buat kat oversea, UK. Selepas setahun rehat kejap dengan famili. Serta jugak selepas nak settle down hal kawen (hmmm.. nak minta bantuan sesiapa carikan calon nanti).

Begitulah perancangannya... moga seiring perancanganNya juga.

Dari jam 2 pagi tak tido. Dapatlah tido 2jam selepas balek dari perbincangan tadi. Terjaga tuk solat zohor.
Lepas ni nak sambung buat eksperiment dan kemaskini hasil perbincangan. Untuk LR dan research objektif juga sudah clearkan tadi, jadi bolehlah laju menulis. InsyaAllah!

Teruskan momentum hingga akhir garisan. 30hari Ramadhan doa sungguh-sungguh! Allah ada..doa dan mintak je!

Monday, 6 June 2016

Ramadhan Kareem ...


Mission Impposibble in the making...

Alhamdulillah... hari ketiga Ramadhan..

Sehari sebelum Ramadhan saya berjaya siapkan 18 responden untuk beberapa sampel experiment. Hari kedua Ramadhan saya berjaya habiskan lagi 12 sampel experiment.

Hari ini, saya ambul cuti untuk uruskan bahagian kedua eksperiment bagi kesemua 30 responden. Alhamdulillah. Lewat petang dapat siapkan.

InsyaAllah selepas tarawikh, cadangnya nak lihat semula hasil eksperiment dan rangka analisis.

Target urusan hari ini, nak rangka semula isi penting chapter. Bahan dan jurnal saya dah ada, saya cuma perlu masa untuk baca dan ulas secara kritikal.

Yang penting, rangka asas perlu dikemaskini.

Perlu usaha kuat. Sekurangnya bulan 6 ini target saya chapter 1 hingga 3 sudah clear dan dipersetujui prof. Moga dipermudahkan!

Terus usaha! Jangan putus asa!

Monday, 30 May 2016

Kuat! Jalan terus!

Pantas masa berlari...

Tiba-tiba sedih.

Risau.

Takut.

Kurang Yakin.

Sayu.

Semua suasana rasa itu berkecamuk...

.... dan air mata tumpah lagi ...

Berhenti seketika

Tenangkan diri...

Istighfar

Muhasabah

Bayangkan wajah ibu ayah

Pasti ada jalan keluar

Jangan putus asa

Pertolongan Allah ada pada orang yang solat dan sabar

Bergantung kuat pada Allah

Ketika tiada siapa2... ingatlah Allah itu cukup bagimu!

Perlu FOKUS

" Along ... :( "

Saya mesej mengadu pada along.

"nape umi?"

"Tadi jumpa ayahanda ... :( banyak lagi umi perlu baiki thesis umi, problem statement dan LR tak cukup cantek tulis... macam jauh lagi je along umi ni :( ... scary "

" haaa.. scary... tak pe umi.. umi perlu fokus "

Along memberikan kata-kata semangat.

FOKUS

Ya saya akui, saya sendiri tak puas hati dengan penulisan draft thesis saya. Gaya penulisan yang seperti terburu-buru. Tidak padat dan kurang umph!

Ayahanda prof ada kongsikan beberapa cerita motivasi dari pengalaman beliau sendiri dan pengalaman sahabat beliau. Kedua-duanya memberi suntikan motivasi. Cumanya saya ada sedikit rasa kurang yakin untuk dapat siapkan thesis ini dalam tempoh yang ada.

Allahuakhbar!

Selesai berjumpa ayahanda prof, terus saya ke lab dan merangka semula To Do List.

Saya harus terus usahakan.

Yakin! Allah ada!

Wednesday, 25 May 2016

Chapter tiga bahagian sub topik terakhir

Tulis dahulu, sunting kemudian

Kaedah ini saya dapat dari email Tuan Zamri, penulis buku yang berjaya. Saya ada subscribe email tips menulis buku dari beliau.

Membaca email tips ringkas beliau terus membuatkan saya teruja untuk implentasikan dalam kaedah penulisan thesis. Sebab mereka sama jenis iaitu tentang menulis.

Antara masalah penulis adalah writer block dimana, penulis berhadapan dengan masalah menulis dan menyunting pada masa yang sama. Ini menyebabkan mereka gagal mencurahkan idea dengan laju.

Kaedah yang dinasihatkan adalah dengan menulis terusan idea yang ada tanpa perlu menyemak tatabahasa mahupun struktur ayat. Yang penting isi penting yang nak disampaikan dituliskan terlebih dahulu.

Hasilnya, seorang penulis itu mampu menulis dengan laju, dimana dalam tempoh serengah jam sahaja banyak idea dan isi penting berjaya diluahkan. Agak2 dalam tempoh setengah jam. Berhenti sebentar, rehat dengan secawan kopi sambil ambil angin. Kemudian baharu ulang baca dan kaji struktur ayat dan tambah tolak sebarang input yang dirasakan perlu.

Kaedah ini saya cuba amalikan pada chapter 3 saya, dan hasilnya dalam tempoh 2 hari saya hampir selesai tulis. Tapi semestinya perlu cukup bahan2 yang hendak bantu penulisan.

Hari ini Rabu, saya masih ada masa hingga esok untuk siapkan bahagian terakhir chapter 3. Terus sahaja saya email ayahanda prof untuk temujanji Jumaat nanti.

Chapter 3 hampir selesai berbaki lagi 3 bahagian thesis lagi untuk round pertama!

Port Baharu

Alhamdulillah berdekatan kolej ada kafe baharu buka dan selesa untuk bertukar angin jika sudah bosan duduk terperap di bilik kolej untuk menulis thesis :)

Menulis sambil minum kopi memang luar biasa seronok :)

Rentak untuk selesaikan thesis semasa waktu bekerja juga saya sudah dapat solusinya.

Solusinya :  Waktu rehat bekerja, tulis thesis..datang awal ke opis untuk tulis thesis juga. Balek opis terus balek ke kolej dan makan malam serta rehat. Lepas maghrib buka thesis hingga jam 11.30 kemudian tidur.

Ditakdirkan jam biologi badan saya akan terjaga sekitar jam 3 pagi hingga 4pagi..saya perhatikan sudah banyak kali ia berlaku. Dahulu saya ikutkan nafsu tidur. Saya terjaga dan tidur. Tapi kali ini saya lawan. Saya bangkit dan mandi supaya segar badan. Dating dengan 'Dia' kejap...

Buat kopi panas2, buka semula thesis. Masa ni saya santai2 sahaja..sebab nk stimulate fokus, agak perlukan masa yang lama untuk saya..jika saya rasa mengantuk saya tak tulis pun, baring2 tunggu subuh..kemudian solat subuh bila tiba waktu..siap2 ke opis dan gerak awal.. sampai opis awal sambung tulis..klu tak de mood sangat sampai awal breakfast relax2..

Untuk bulan puasa mungkin perlu adjust sedikit. Tapi pada saya tak banyak yang perlu diubah :)

Sunday, 22 May 2016

Nikmat Tuhan yang manakah engkau dustakan?

Bulan kritikal

Bulan ini agak kritikal sebab ada tunggakkan yang perlu didahulukan..jadi terpaksa bahagikan sebaik mungkin rezeki yang ada.

Saat harus memilih untuk isi perut atau minyak kereta, tiba-tiba saya mendapat satu mesej dari seorang sahabat.

"Ifa..akk ada hutang dengan ifa kan.."

Kak zi, dahulu saya pinjamkan meja niaga kepadanya..kemudian dia ingin beli..saya tolak padanya dengan harga murah..ikut bila2 dia rasa mampu nak bayar. Beberapa bulan lepas ayahnya pula meninggal, jadi saya tak tuntut bayaran dan hampir lupa nak minta bayaran tersebut kerana fikirkan kak zi pasti dalam kesempitan.

"Ifa beri akaun number, akak akan masukan secepat mungkin hutang ifa"

"Alhamdulillah! Terima kasih kak"

Subhanallah.. cepat2 saya berikan akaun  number. Allah hu akhbar!

"Akak baru teringat masa ternampak kertas katalog giant tadi..maaf ye ifa akk lupa..banyak benda berlaku"

"It's ok kak..saya faham, terima kasih kak..akk dah bank in nnt maklumkan saya ya..terima kasih kak :) "

Terlalu banyak kasih sayang yang Allah pamerkan saat2 saya perlukanNya..ArRazak... yang Maha Memberi ...

Jaga solat..solat dhuha..al waqiah.. ikhlaskan hati padaNya..insyaAllah Dia ada..

Syukur.. bolehlah bertahan sementara tunggu dapat gaji :)

Friday, 20 May 2016

Kekuatan dari ayahanda :)


Jangan malas update progress dengan supervisor 

Alhamdulillah hari ini saya Offday bekerja berjumpa ayahanda prof. Hantar Chapter 2 dan dapatkan semula Chapter 1. Saya masih tak berpuas hati dengan Chapter 2 saya masih belum cukup kemas penulisan dan huraian yang mempunyai artikel sokongan. Tetapi saya tetap hantar dahulu draft pertama ini untuk mendapatkan maklum balas awal dari prof. Jika tidak saya akan meleret terusan mengheret masa sekali.

Ini adalah bedasarkan permerhatian yang saya buat selama 2 bulan kebelakangan ini. Selama 2 bulan sebelum ni struggle dengan kerja, saya targetkan siap sepenuhnya puas hati baru hantar draft. Dan akhirnya terlanjut hingga 2bulan sebab masih tak puas hati. Memandangkan sekrang dah masuk minggu terakhir bulan 5 saya perlu ubah strategi. Hantar dahulu dan betulkan kemudian. Sebab draft memang akan ada banyak penambahbaikan cumanya ia perlu diteliti oleh "pihak berwajib" (penyelia) sebelum ubah atau betulkan dari sini..semakin lama akan makin kemas dan sempurna. 

Chapter 1 prof dah semak dan ada pembetulan perlu siapkan. Target seterusnya siapkan pembetulan Chapter 1 dan kemaskinikan Chapter 3. Kali ini saya cuba targetkan seminggu untuk task ini memandangkan saya sudah mendapat rentak, momentum dan semangat untuk bahagikan masa bekerja dan penulisan thesis. Moga Allah mudahkan semuanya...


Bertapa di lab

Memandangkan sudah berada di fakulti hari ini, saya terus mengambil keputusan untuk siapkan pembetulan Chapter 1 dan menulis rangka Chapter 3 secepat mungkin. Malam ini wajib siapkan draft tersebut sebab saya target minggu hadapan perlu siapkan eksperimen. Saya perlu lebih laju. Wajib hantar thesis akhir semester ni. 

"Mana ya chapter 1 kamu.. tu la kamu busy sangat dah lama dah kan hari tu hantar... saya dah komen dah...siapkan cepat.. ni survival kamu taw PhD ni..."

" huhu prof...dua2 survival saya jugak prof..busy setting system"

" dah pandai install2 lah nie"

" boleh la prof macam2 saya belajar, setting network..haaa ada projek la tu " usik saya, tahu sangat ayahada saya sorang ni memang banyak idea yang buatkan saya teruja haha. Kami memang sekepala jika ada idea2 teknologi yang menarik.

" siapkan cepat PhD ..ada..mestila ada..lepas ni kita bisness pulak " 

Suka! 

Moga Allah berkati ayahanda :) 


Wednesday, 18 May 2016

Berbaki 3 Bulan lagi

Mengorak Langkah, Maksimum Momentum

" Assalamualaikum Umi, umi apa khabar?"  

Seperti biasa along akan bertanya khabar diawal pagi.

"Waalaikumussalam :) Alhamdulillah. Hari ni Umi ambil cuti halfday keje sebab nak uruskan thesis, Jumaat dah buat appointment tuk submit thesis chapter"

"Bagus tu Umi"

"Along.. mana lebih baik? sama ada Umi :

1. Buat keje kat bilik kolej tanpa Internet.. tapi ada kemungkinan akan tido sebab selalu tewas dengan katil yang sebelah meja studi

2. Pergi Library ada internet yang kemungkinan akan leka tengok FB" 

Hahah... mengadu saya saat perlu buat keputusan.

"Dua-dua la Umi"

"Maaf klu tak membantu hehe"

" Umi gi Library dahulu, kemudian balek sambung di bilik pula" Along memberikan cadangan. 

"Tapi, Umi perlu tulis dulu task apa nak buat kat library. So? nak buat apa hari ni?"

"Yeay! Ok! Hari ni nak tulis final section dalam Chapter 2 dan sambung kemaskini Chapter 3.

"Ok Good!" 

****************************************

Alhamdulillah, berkat kekuatan yang diberi, saya berjaya execute task yang dirancang. Sebelum ni banyak plan sahaja, selalu tewas dan gagal. 

Spark Momentum ni saya teruskan hinggga hari ini. Alhamdulillah. 

Kembali mendapat fokus, selain itu saya amalkan nasihat ayah untuk banyak solat taubat dan istighfar sebagai zikir dalam hati. 

Pagi tadi saya melihat semula kalender akademik saya berbaki 3 bulan sahaja untuk submit thesis. 

Perlu berusaha kuat! 





Monday, 16 May 2016

kiriman dari kejauhan ....

Mawar Berduri

"Assalamualaikum Umi, How's Ur day today?"

Pesanan ringkas masuk kedalam mesej aplikasi Whatsaps.

Umi merupakan panggilan manja sahabat-sahabat saya semasa saya tinggal dirumah sewa yang penuh suasananya solehah dan kami dapat rasakan seperti satu keluarga kecil. Memandangkan antara mereka saya yang paling berusia, berserta perwatakan keibuan maka mereka anugerahkan panggilan itu khusus untuk saya. Manakala rakan2 lain masing-masing memiliki nama panggilan mesra keluarga.

" Hmm... not so well Along .. Umi down sangat kebelakangan ni :( " saya mengadu pada Along, sahabat akrab saya sejak semester pertama ijazah di UPM. Persahabatan kami mencecah 13tahun.

" Dua hari sepatutnya fokus, tapi dapat fokus sebentar sahaja kemudian selebihnya Umi sleep" terusan saya mengadu lagi.

"It's ok Umi, at least you still have a progress right?" Along yang berada di Brisbane, Australia juga seperti saya bertungkus-lumus menamatkan pengajian PhDnya....dari kejauhan sana cuba memujuk.

"What's bothering you?" seperti biasa, dia adalah sahabat yang mudah menghidu masalah yang berserabut walau tersorok dipelusuk hati paling dalam.

"Tentang seseorang dan tentang sesuatu" saya memberi klu.

"Hmm... Umi perlu lupakan semua itu dan fokus apa yang sepatutnya sekarang Umi. Fight to let all those distraction away from you." Along memberikan nasihat.

:(

dan saya tiada kata-kata.

"I know it's was hard for you dear, but as usual... I knew you can face this trials."

"Previously, was much more tougher right? This is just a small matter ..."

"You have to put "it" a side "

"But how?" Saya bertanya sekadar ingin terus Along memberikan kata-kata motivasi, biarpun saya tahu jawapannya

"Try not to have any contact with him"

"I had done that, we are only chat for working purpose only. But ...I don't know why I am miss him so much, sometimes I am crying " Saya meluahkan situasi itu saat ketika saya tak berupaya mengawal "emosi sedih" mula menyalut diri. Salah satu kesan depresi yang masih tersisa.

"hmm... you still not let him go didn't you? If you love him. You have to let him go. If he is yours he will come and hand over you as a wife. If not, you have to move on dear"

"Along.... why all of sudden this trials came again and again? I am tired enough! at this critical point of my life" Saya terus menyalahkan keadaan.

"Umi... Allah love you, He keep on trying to lead you to be a Solehah Muslimah. That's why He send him to you. For you to choose His love or his love you are looking for"

Saya terdiam.

Ya, tidak dinafikan. Banyak kali sudah "seseorang dan sesuatu" itu hadir sepanjang perjalanan saya ini. Seakan cuba menguji prinsip mawar berduri yang saya cuba pertahankan.

"Let me ask you...did he bothering you? did he always contact you to chat till you fall in love with him? did he say something that showing he like you"

"None right?"

Saya terus diam

"I am sorry if this will hurt you a bit.. but what I can see is you are chasing your own shadow dear... He did not looking for you. am I right? He just a friend and he choose you because you are pleasant... you are easy to working with..that's all" Along terus menerus "menampar" saya dengan "tamparan" kata yang amat pedih..walau diawalnya dia cuba berhati-hati agar tidak menguriskan perasaan saya yang rapuh.

"Yeah... it's true ... it's just my feelings ... :(  "

" I am not saying it was a wrong feelings.. cause that's feeling was from Allah.. It's "fitrah" but you have to overcome it.. It was wrong if you cannot work, study and do amal ibadah because thingking of him.. That's totally wrong!"

"I got it Along... I will try my best.. fighting!"

"Sorry Umi... if I am hurting you with my words"

"No.. no.. it's okay.. it's cure me :) "

"Thank you Along ... "

:)

Telus dan terus-terang. 

Begitulah seharusnya sahabat. Demi tidak mahu melihat sahabatnya hanyut dengan mainan perasaan.

Allahuakhbar!

Begitulah perjalanan ini... berwarna-warni. Kali ini merah jambu warnanya. aduh!

Memang sakit bila terkena virus merah jambu ni. Perlu cepat-cepat cari antidot!