langkah baru

:: Bismillahirahmanirrahim ::

Perjalanan Hamba Dhoif (PhD) terma ini pertama kalinya saya dengar ketika menghadiri seminar Impak Ramadhan & Perjalanan PhD pada Ramadhan 1433H oleh Dr.Ridzwan Bakar (penulis buku Haji Muda, Bila Pintu Hati Terbuka & Rinduku pada Baitullah).

Menulis merupakan sesuatu yang tak dapat dipisahkan dengan diri saya. Boleh jadi saya kurang banyak bercakap, segalanya banyak bermain difikiran dan hati ...tak terluah. Namun, pabila menulis, saya rasa lepas dan bebas. Bermula seawal 12 tahun, saya sudah mula suka menulis. Coretan diari menjadi tempat saya berkarya. Semasa melangkah ke alam remaja semakin rancak kisah-kisah indah dan duka yang saya coretkan. Manakala subjek kegemaran saya ialah penulisan. Semakin lama ia menjadi hobi selain dari membaca. Menulis dan membaca sukar dipisahkan, kerana dari pembacaan yang pelbagai mengasah diri seorang penulis menulis dalam bentuk gaya penulisannya sendiri.

Sejak 2009 dengan ledakan teknologi, saya sudah mula rajin berjinak-jinak menulis blog. Ia menjadi diari baru saya. Menulis diblog banyak merawat diri saya secara tak langsung. Seakan membebaskan rasa melalui kata walau tak semua. Saya amat kagum dengan seorang personel, Hilal Asyraf. Membaca bagaimana dia berjaya memanfaatkan dirinya dalam bentuk penulisan kepada orang lain membuatkan saya berfikir bahawa hobi menulis ini mampu memberi manfaat yang besar untuk orang lain kerana qalam mampu membangunkan jiwa seorang insan.

Koreksi input yang saya peroleh dari seminar Ramadhan yang lalu, membuatkan saya semakin bersemangat untuk mengharungi satu episod kehidupan saya dan dengan harapan diakhir perjalanan pengajian phd saya saya berjaya kompilkan blog ini dalam bentuk sebuah buku untk diterbitkan. Itu matlamat saya. Agar perjalanan saya ini lebih bermakna dan dengan harapan dapat membangunkan juga jiwa insan yang bakal melalui perjalanan yang sama.

disini langkah ku bermula ...



`iffah 11092012



Comments

Popular Posts