Semester 6 yang gelap ...

Semester 6 ... kaku dalam langkah ...

ya... semasa di semester 6 saya tidak menjengah kesini untuk menulis. Itu tandanya saya tidak terlalu fokus pada penyelidikkan saya..kerana diuji dari pelbagai sudut.. bukan saya tidak melakukan sebarang usaha untuk pencapaian hasil kajian saya ... hasil kajian saya masih difasa pembangunan dalam menyelesaikan objektif kedua. Segalanya berjalan dengan baik sehingga...

Jatuh!
diuji emosi yang amat sangat!

Untuk bangun kembali ketika itu pelbagai cara saya usahakan dan saya sibukkan diri...

"Pertemuan dengan seseorang itu ada dua asbab, sama ada dia sememangnya jodoh kita ataupun kehadirannya dalam hidup kita untuk kita ambil pengajaran"

Saya dan dia dengan izin Allah dipertemukan dan perkenalan singkat terus saya usulkan kepada ayah, kerana memang perinsip saya jika hubungan lebih dari sahabat saya tidak akan terima melainkan jika berniat untuk diperisterikan. Bercinta selepas nikah. No couple. Jumpa ayah dan minta izin. Mereka bertemu dimasjid bersama pakcik saya dan menyatakan hasrat. Keluarga kami mudah. Tiada tunang2 dengan majlis berpelamin bagai..berdulang2 bagai....jika berkenan, merisik bersama cincin tanda ("bertunang") dan bincang terus tetapkan terus tarikh nikah...time nikah baru berdulang2...

Segalanya berjalan baik sehingga satu ketika dia tidak dapat meneruskan lagi untuk terus menunggu...

Kami bercadang "bertunang"  dimana keluarganya datang merisik hujung tahun 2013 dan nikah awal tahun 2014... dengan takdirnya dia yang memberikan harapan diam seribu bahasa dan lenyap bersama harapan... awal tahun 2014 kata putus yang amat perit terpaksa saya telan. Sebahagian hantaran yang telah saya sediakan sedikit demi sedikit saya simpan kemas kedalam kotak. File perancangan walimah yang lengkap dengan senarai katering dan dewan saya simpan kemas.

ya.. saya seorang yang teliti dalam perancangan. Namun, sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Teliti.

"kakak perlu kuat, ibu lagi sedih tengok anak ibu...ibu yakin ada jodoh kakak yang lebih baik.."

"jodoh itu rahsia Allah, kita tak boleh 'paksa' jodoh yang bukan milik kita" nasihat ayah ...

Kekuatan untuk bangkit dari semua ini memang payah... memang susah...malah kini pun masih tergambar kenangan yang terbina..Syukur Allah hadirkan insan yang menyayangi diri ini. hampir separuh semester saya perlukan masa untuk kembali kuat...

Biasiswa bakal berakhir ...

Dalam tempoh saya cuba kuatkan kembali emosi saya, saya sibukkan diri antaranya bersama adik kesayangan saya dalam membantu dia menguruskan bisnes kecil-kecilan secara online. Saya memberi dia 'pancing' untuk jana pendapatan dia sendiri. Alhamdulillah, kesibukkan itu dan masa merawat diri.

Selepas selesai presentation progress semester 6 sewaktu cuti semester saya sibukkan diri lagi dengan membuat kerja sambilan iaitu menjaga dobi di kedai sahabat saya. Ya, sahabat sekolah saya yang banyak menyokong saya sejak saya degree. Membantu dia dan keluarganya menguruskan bisnes kedai dobi mereka sedikit sebanyak menyibukkan saya dari berfikir tentang kekecewaan yang saya hadapi.

Saya mencabar diri untuk masuk belajar jam 8pagi hingga 5petang kemudian sambung kerja dobi dari jam 5petang hingga 9malam. Pada masa yang sama seperti biasa saya tetap mengambil peluang mengajar makmal amali komputer di jabatan fakulti saya. Wang poket sebagai simpanan untuk sebarang situasi dan kemungkinan apabila biasiswa berakhir awal 2015..

kini saya di semester 7!

dan terlalu banyak hikmah yang saya lalui dalam semster ini... signifikasi semester 7! Subhanallah!

"Allah sayang , kerana itu Allah uji ... dalam berhadapan dengan apa jua masalah kembali kepada Allah dan Dia akan tunjukkan jalan keluar..kadang kala tanpa sisangka-sangaka"


Comments

Popular Posts