Terus Tabah

Perlanjutan Terakhir

"Untuk dapat PhD sememangnya payah, semua ini adalah warna-warni yang awak lalui untuk nanti diceritakan kepada anak cucu nanti..."

Pesan terakhir pegawai yang bertugas menguruskan perlanjutan cuti belajar saya. Berurusan dengannya sangat mudah dan tenang. Walaupun terdapat kepayahan lantaran proses biokrasi yang wajib saya akur. Sebak hati, tergambar semua yang telah dilalui.

Selepas berbincang yang terbaik, ini merupakan perlanjutan terakhir saya. Saya wajib siapkan pada bulan December ini walau apa pun yang berlaku. Target. Itu target dan perancangan yang saya akan usahakan, mohon dengan sangat agar ia dipermudahkan dengan perancangan Allah Maha Mengetahui.

Tak termampu meluahkan masalah ini pada ibu dan ayah..tapi naluri mereka kuat, tanpa kita perlu berkata mereka terdahulu mengetahuinya.

Rindu! Saya ingin balik!
Saya perlukan kekuatan dari sang murobbi tercinta, ayah!

Task Force

"Rezeki, cabaran dan ujian"

Semua yang datang bagai satu pakej, untuk saya lebih bergantung harapan hanya pada Allah. Elaun bulan ini yang tertangguh rentan perlanjutan yang masih dalam proses, Allah hadirkan rezeki yang jika saya pilih ia merupakan satu cabaran dan ujian yang hebat buat diri saya dalam membahagikan masa.

Istikharah dan teruskan usaha sebaik mungkin dan yakin bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Letih...

Terlalu... sangat dan yang amat..









Comments

Popular Posts