Adventure Awaits!


Luahan

Alhamdullillah setelah sejak bulan 9 2015 menunggu proses perlanjutan terakhir, Disember 2015 baharu saya mendapat elaun yang dijanjikan dan ia berkuat kuasa hingga Febuary 2016 yang mana saya wajib hantar thesis.

begitulah suratan takdir yang di lalui biarpun, 1001 cara diusahakan.

Allahuakhbar.

Entah bagaimana saya hendak bercerita. 

Sepanjang awal tahun saya kira saya terlalu sibuk terpaksa membahagikan masa untuk survive sementara menunggu proses-proses perlanjutan elaun. Sememangnya amat teruji. 

Jujur saya katakan saya kurang berpuas hati dengan progress penyelidikan saya. Kurang laju, sebab saya terpaksa fokus menyiapakan tugasan lain demi sesuap rezeki. Allahuakhbar!

Hampir saban malam saya menangis, keletihan dan tidak tahu bagaimana harus dibahagikan lagi kudrat dan masa. Tambahan pabila saya mula nampak 'sesuatu' yang kurang menyakinkan dengan penyelidikan saya. 

Terkadang berminggu-minggu saya 'lemau' didalam 'cave' (bilik dikolej) kerana tidak mahu berfikirkan tentang penyelidikan saya. Lantas saya fokus kepada tugasan lain sehabis baik. Bermula September dan Oktober saya fokus siapkan projek website yang menjadi sumber rezeki tika itu. Akhir November, projek tersebut selesai namun masih kurang memuaskan sehingga saya terpaksa mencari solusi sendiri bagi menyelesaikan masalah yang kurang mendapat kerjasama dari rakan sepasukan. 

Tika itu, saya agak terkejar-kejar kesana sini membahagikan masa bagi memastikan urusan teknikal penyelidikan saya yang bertempat di Gombak turut berjalan lancar. Hampir beberapa hari saya korbankan masa tidur. Awal Disember hingga pertengahan Disember saya berjaya siapkan website yang diminta dengan bantuan abang saya yang turut terheret membantu saya siapkan website yang dikehendaki sebelum 15 Disember. Kepakaran yang dia ada saya pelajari bersama. Ada hikmah Allah berikan untuk saya kuasai skill CSS tersebut dari ujian ini. 

Dua minggu selepas selesai saya agak keletihan, masih ada beberapa isu kecil yang perlu diselesaikan dan saya gagal mendapatkan solusi yang terbaik. 22 Disember badan saya sudah tak mampu menahan beban kerja dan Allah rehatkan saya dengan satu hari demam selsema. Sepanjang hari tersebut saya ambil untuk rehat secukupnya, Jika ikutkan perasaan  masih berbaki demam yang belum kebah. Tapi terpaksa saya gagahkan diri. Sepanjang minggu -minggu terakhir saya teruskan dengan mencari solusi beberapa perkara berbangkit sehabis mungkin dan akhirnya terpaksa memilih jalan lain yang lebih mudah. Syukur dimudahkanNya.

Allahu!

Hujung tahun yang amat padat.

Hari ini selesai satu tugasan dan sudah diserahkan kepada klien. Namun, ada satu lagi tugasan perlu diselesaikan dan kini saya perlu susun sehabis baik jadual saya kerana bermula esok, cabaran lebih hebat bakal menanti,

Mencari Hikmah di ambang Tahun Baru 

Jika disingkap kembali, tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar. Jika disemak kembali semua entri tahun ini penuh dengan berita kepayahan berbanding "enjoy life". Seolah orang buat PhD ni tak de kehidupan yang indah.

Salah sekali tanggapan itu. Terlalu banyak momen indah yang bila saya kenang pasti tersenyum sendiri. Syukur pada Allah. Bahagia itu subjektif. Terpulang pada kita bagaimana ingin menerima kehidupan itu sebagai satu keindahan.

Saya jarang berkongsi momen-momen indah disini, kerana tak terungkap dengan kata-kata. Tiap momen indah saya simpan kemas buat diri. Menulis merupakan terapi stress saya. Kerana itu kebanyakan entri bersifat luahan yang diakhirnya saya selitkan motivasi buat diri.

Muhasabah tahun lalu, membawa kepada satu keyakinan bahawa Allah tidak membebani seseorang jika Dia tahu orang itu dapat melaluinya.

Begitulah apa yang saya lalui sekarang. Walau jika difikir dengan logika akal, saya rasa seperti mustahil, namun segalanya datang dari Allah. Andai keyakinan kita padaNya kuat dan mengikut segala usaha-usaha dan tawakal yang tinggi, pasti Allah beri jalan.

Itulah yang saya semat kemas. Walau terasa takut. Walau ada terasa ragu. Namun, usaha yang gigih pasti berjaya. Jangan putus harapan pada Allah. Banyakkan istighfar dan kembali pada Allah andai tersasar. Kerana kita hanyalah manusia yang selalu buat khilaf.

2016

Saya perlu segera: 

Siapkan thesis
Viva
Konvo

Cabarannya: 

Bekerja sebagai RA
Bekerja separuh masa sebagi cikgu tusyen (Selasa malam dan Sabtu petang)
Monitor website yang diamanahkan (Apabila ada isu sahaja)

Moga Allah mudahkan!








Comments

Popular Posts