Penghujung Syawal

Allahu...

Hari ini saya berbekal semangat baru yang cuba dikutip hujung minggu yang lalu, tercalar sedikit hati dengan sedikit teguran. Namun saya cuba bersangka baik yang bahawa ia untuk kebaikan saya juga.

Tapi tu lah... terkadang tak termampu nak jelaskan semuanya. Saya terkadang mungkin lurus sangat, yakin dan percaya  orang akan bersangka baik. Takpelah, mungkin ada khilaf tersembunyi sebagai kifarah.

Terkadang saya tak reti nak jelaskan secara verbal dengan panjang lebar. Semua stuck dalam gambaran minda. Banyak nak cerita tapi tak keluar dengan kata2 secara spontan. Bila dah lama baru la berjela2 sebenarnya nak jelaskan. Ini menyebabkan orang akan banyak bersangka silap. Huh! Dah lah lurus.

Pengalaman. Ya..

Saya akui Ramadhan tempoh hari dan bulan 5 saya agak banyak ambil cuti..sebab uruskan urusan belajar dihujung semester dan terkejar2 dengan eksperimen akhir...terheret pula emergency leave Allah hadirkan berturut2 selepas naik cuti raya...

Saya perasan, saya banyak hilang diri..seminggu sekali ada je masalah. Tapi, siapalah saya tuk menidakkan keadaan yang berlaku. Mungkin untuk yang akan datang sy perlu lebih berhati2 untuk selesaikan sesuatu perkara yang urgent dan important. Jika boleh jangan selitkan antara waktu rehat dan jika urusan tersebut tidak melibatan masa pejabat. Jika boleh jangan berlaku hari senin...haha (Huhu! Jika boleh...)

Entahlah... tak tau nak jelaskan macam mana... terkadang mungkin perlu sertakan bukti macam gambar ke..baru orang percaya kot. Huhu!

Saya perlu jadualkan kembali masa saya.

Hari ini terkejar ke RHB taman equein sbb perlu jelaskan "hutang" saya terpaksa pilih tengah hari sbb malam lepas balek keje saya perlu ke celcom diarea rumah pula. Ya semua perlu hari ini sbb ia urusan urgent dan important. (Duedate dah terlebih sbb tggu gaji) Termenyesal pula terima pelawaan join makan-makan. Niat nak meraikkan pelawaan dan bersosial..nnt kata sibuk sangat pulak..tapi memang pun..nak buat macam mana.

Ditakdirkan kereta saya tersengguk2...kereta tua banyak la pulak ragamnya dari minggu lepas..nak tak nak kena berhenti kat bengkel. Ditakdirkan hari ni task baru dapat..nk kena settle hari ni jugak..pastu saya tak de.. mana tak kene sound (mungkin dah perati lama, pastu nak ditakdirkan hari ni pula "buat hal" memang cun kaw2 la kena)

Ni baru satu EL ... nak cerita yg sebelum2 ni? Banyak..panjang pulak nanti..tak perlulah..Allah dah rekod.

Tapi entah, Allah campakkan rasa berlapang dada atas teguran tersebut. Tersentak sekejap, hampir tertitis air mata. Tapi lepas istighfar, boleh senyum dan saya ucapkan terima kasih kepada yang menegur.

Sebab saya tahu saya bukan sengaja atau mengadakan cerita. Lain la saya cuti sesuka hati pastu gi klinik bayor claim MC.. haaaa tu gaji memang tak berkat. Belum tambah tolak tengok fb..main whatssup ngan tengok movie time keje lagi haaa...tu bukan duit gaji je tak berkat, masa pun boleh jadi tak berkat..

Allah tahu. Allah nampak.

Saya memang berniat untuk ubah jadual saya dan ada niat nk ganti masa2 kerja  saya yang saya rasa mana yang tak puas hati dengan ganti kerja lebih masa bulan2 mendatang dan lebih komitmen dan cuba selesaikan masalah diluar waktu kerja.

Yela..kekadang berurusan time lunch hour terlajak sejam setengah jam sbb traffic..ni ada la berlaku beberapa kali time bulan 5 hari tu ... ada jugak sbb terlepas ofis hour..kena lah tggu pejabat bukak dah ambil masa..

Memang saya target bulan 8 sampai bulan 12 saya nak pastikan komitmen kerja dan belajar saya tip top. Sebab semua ini adalah amanah saya. Begitulah hasil resolusi muhasabah bulanan dan mingguan saya. Azam setiap hari dan diuji setiap hari..

Penat. Air mata ketabahan dah tak terkeluar..senyum leret je bila jumpa orang. Sembunyikan semua kalau boleh.

Ni saya belum update berkenaan penyelidikkan dengan ayahanda lagi...haaa... yang ni saya update next week ye ^^

Lagi seram sebab berbaki hanya sebulan...

Agak2 la jika anda diuji seperti saya bagaimana? 

Lain orang lain ujiannya, oleh itu memang tak boleh nak bandingkan sbb perfomance measurement tak sama hahah!

dan....

ada hikmah atas ujian itu. Stay positif! Caiyok!

Senyum :)

Jom tido.. tak lena pikir thesis...

Syawal apa cerita? Haha tak perlulah update..takde yg menarik sangat..syukur sebab "situasi" lebih baik berbanding yang lepas..Alhamdulillah..

Comments

Popular Posts