Permulaan...

:: Bismillahirahmanirrahim ::

Alhamdulillah Isnin lepas sempat hantar thesis yang telah disiapkan semua kepada penyelia. Masih tak berpuas hati dengan penulisan. Ia merupakan draft kelima yang setelah disemak mengikut bab. Seminggu ni saya berehat kejap, mengumpul kekuatan sambil mengemaskini lagi versi yang terbaru penambahbaikan.

Kembali 

Seperti yang saya sering janji pada diri sendiriSaya kira saya tak nak bertangguh lagi untuk melaksanakan janji itu dengan lebih teliti. Walaupun saya tahu masa sangat suntuk sekarang dalam menyeimbangkan semua, tapi satu sahaja saya harapkan, biarlah usaha ini moga mendapat keberkatan agar dipermudahkan urusan saya yang lain. Sebab saya yakin janjiNya.

Allah Ta’ala berfirman:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Rabb-mu telah memerintahkan agar kamu jangan beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Ya Rabb-ku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.’” (Al-Israa’ : 23-24).
Saat ini, kelembutan dan kesabaran adalah kunci dalam berhadapan dengan apa jua situasi saat orang tua mu sudah lanjut usianya. Selagi mereka masih bernyawa, selagi itu terus berkhidmat.

Comments

Popular Posts