Ujian diakhir garisan...

Hampir setahun saya tak kemaskini blog ni..sudah bersawang rasanya..

Ya.. terlalu sibuk membahagikan tugas belajar dan bekerja (pembantu penyelidik di Mimos) membuatkan saya terpaksa eksperimen pelbagai kaedah penbahagian masa yang ternyata tiap kali cuba jayakan pasti tertewas dengan keletihan yang amat selesai tugasan kerja.

Terkadang kerja tersebut memerlukan saya menggunakan masa selepas waktu bekerja...namun, walaupun diberi ganti cuti untuk kerja lebih masa...ia bukan untuk rehat..tetapi digunakan untuk thesis pula...

Awal bulan 2017 sehingga April, saya struggle dengan keadaan laptop yang jika guna sejam pasti akan padam. Mulanya bertahan juga dengan laptop tersebut...tapi kerana kuatir akan rosakkan komponen utama saya terpaksa gunakan laptop ayah yang kapasiti hanya untuk taip2 sahaja.

Ambil masa juga untuk install apa yang patut untuk penulisan thesis. Laptop lama yang mati setiap sejam tu saya biarkan hanya untuk jalankan demo eksperimen sahaja nanti. Semua setting sudah ada, kuatir sistem yang dibina tidak berjalan dengan baik jika pindah ke laptop baru.

Disebabkan akan hal ini, milestone saya terganjak lagi untuk penulisan thesis.

Ngam2 penghujung Ogos selesai thesis disemak oleh Prof.

2 minggu terakhir bulan 7 saya sempat hantar kepada Proofreader dengan bayaran servis tersebut sebanyak RM1490. Suku duit gaji bulan 8 diperuntukan ditambah sedikit dari kerja rencam kemaskini website yang saya buat. Syukur sangat kerana proofreader tersebut mengizinkan saya selesaikan pembayaran bila dapat gaji. Moga Allah berkati beliau diatas memudahkan urusan orang lain.

# Ujian diakhir garisan #

9/8/2017
Hari ini saya mendapat satu berita gembira dan satu khabar yang menguji saya sehabis mungkin sehingga terduduk lesu.

Paginya saya mendapat email, thesis selesai disemak. Berbunga hati melihatkan saya sempat mengejar due date pada 11 september nanti.

12 tengah hari Intan mesej, katanya abang pening2 dan tak boleh bangun. Saya kira oening biasa sebab beliau tak makan ubat darah tinggi. Tambahan lagi malam tadi beliau tidur jam 4pagi. Saya sarankan Intan untuk biar abang berehat.

Jam 3ptg Intan mesej lagi kata abang macam kritikal. Gambar abang terbaring saya terima. Hati mula tak senang. Saya telifon ayah dirumah..ayah kata keadaan abang masih begitu dan lemah..muntah2 dan berpeluh. Ayah tak larat nk angkat pergi ke hospital kerana abang tak larat nk bangun (beliau obesiti tahap 1). Saya cadangkan ayah panggil ambulan..tapi ayah macam tak tahu mana nk mula, jadi saya minta ayah tggu saya bergegas balek.

Jam 5ptg terus bergerak ambil mak su diopis dan pulang ke rumah. Ayah minta hubungi mak su tuk bantu uruskan apa yang patut memandangkan kami agak panik ketika itu. Sampai dirumah..abang lemah sangat..berpeluh2. Saya ambil bacaan..error..tak boleh baca..kali kedua bacaan BP 220.. terus maksu telifon ambulans dan di bawa ke HKL.

Zon Kuning.
Hampir 4jam disana, hingga abang diwadkan pada jam 10.30malam.
Terdapat pendarahan kecil di bahagian kepala belah kanan dan akhirnya menyebabkan bahagian kiri anggota badan separa lumpuh. Boleh rasa tali tak boleh bergerak.

Kali ni hentaman paling teruk berbanding hari2 kecemasan sebelum ni abang hanya ditahan di wad kecemasan sahaja.

14/8/2017
Keadaan abang di wad semakin hari semakin baik. Tekanan darah kembali stabil. Pulang kerumah dengan ubat dan perlu jumpa semula pada 26/9 nnt untuk rawatan fisio dan susulan check pendarahan dikepala. Keadaan pendarahan kecil mula sembuh bila tekanan darah sudah stabil.

Dua minggu dirumah saya mula mencari rentak membahagikan masa. Thesis terus dikemaskini untuk diserahkan kepada Co SV dan SV untuk pusingan akhir sebelum hantar ke Sekolah Pengajian Siswazah (SGS).

Mohon pada SV ditempat kerja kelonggaran menjaga dan uruskan abang, memandangkan beliau tak boleh bergerak ke tandas. Perlu uruskan beliau dipagi hari dan kemudian terus ketempat kerja hingga lewat malam.

Malamnya siap sediakan makan untuk tengah hari dan malam esoknya.

Allahu... keletihan yang dikongsi bersama ayah berganding bahu lalui ujian ini.

15/8/2017 - 22/8/2017
Penjagaan rapi dirumah, ubat makan dan fisio ringan2 sebelah malam. Cuma berjalan kurang..boleh setapak dua sbb dia cepat penat. Berhati2 buat fisio since takut pendarahan kepala berlaku lagi.

#Selit Masa#
Sambil jaga abang mok, sambil siapkan thesis juga sambil buat Cookies Sado yang terinpirasi sebelum ni sbb lapar nk kunyah2 yang sehat.

Thesis siap tengah malam esok dah siap sedia nak binding.

22/8/2017

Mujur ada kedai achick yang buka hingga jam 12 tgh malam.. sempat binding 3copy untuk hantar esok pagi2.

Tetiba balek dari binding tgh rehat2..abang mok mengadu nafas pendek2.Bila baring mendatar sesak nafas.Setup katil untuk dia selesa bernafas.

Pantau bp ok, 131/88 (pulse rate 100) Keadaan ok, sampai jam 7.30..keadaan masih sama sesak nafas bila baring.Beliau tak larat nk duduk lama2. Call ambulans emergency. Hantar ke Hospital Ampang.

Tangguh hantar thesis esok kepada 3 Co SV

9pagi

Red Zone treatment. Pernafasan makin merosot jika biar bernafas sendiri.Perlu buat CT scan tuk.kenal pasti punca.Keadaan stabil semula dengan bantuan mesin pernafasan.

Warded pada jam 4.30ptg. Keadaan stabil, dan dimaklumkan kemungkinan ada darah beku dari kaki naik ke saluran pernafasan. Malam nnt akan bg treatment ubat cair darah dan pakar akan review hasil CT scan.

10.30 malam

Dapat call dari dokter, dipindahkan ke ICU kerana ubat cair darah menyebabkan kencing beliau berdarah. Treatment tersebut tak boleh diteruskan.

Dokter tggu report scan yang akan diberi dari HKL kepada mereka untuk mereka review pendarahan kepala sebelum ni juga untuk buat sebarang keputusan seterusnya

23/8/2017

Selit masa hantar thesis pagi di UPM
Kembali semula ke Hospital waktu melawat..

Beliau sedar jika panggil nama, tiub pernafasan sambung terus ke paru2.Tangan kanan boleh tulis jika beliau nk cakap apa2.

Jam 3ptg

Kritikal.Keadaan peparu agak banyak bersepah2 darah2 beku.Ubat cair darah nyer treatment tak sesuai.Jika nk operate, perlu buang satu satu darah beku kat bahagian paru2 utama..but sangat risiko.Sbb peparu dia besar dan darah beku tu banyak. Lagipun sbb ada pendarahan kecil dikepala, risiko pendarahan kepala juga boleh berlaku semasa pembedahan.

Treatment buat masa ni, beri ubat cair darah paling slow doss dan pantau kencing berdarah dahulu..

24/8/2017-25/8/2017

Pemantauan rapi di ICU..abang kuat. Dia bertahan dan berjaya melepasi fasa kritikal di ICU walau hakikatnya peparu dia sangat teruk.

Hari Jumaat tu..bawa ibu jumpa abang di ICU..abang dah sedar dan boleh bercKap...petang jumaat jam 1tgh hari dipindahkan ke wad biasa.

26/8/2017 - 29/8/2017

Jaga abang di hospital, gilir2 ngan Intan.

28hb sempat jumpa dokter pakar yang rawat abang di wad.

Alhamdulillah, sempat jumpa Dokter pakar yang uruskan abang kat wad pagi ni.. Tadi, Dr tu tarik ketepi dan bg tau... Abang secara keseluruhannya, peparu dia sangat teruk sangat2.

Dr lau tu jugak agak terkejut sbb beliau boleh survive kat ICU till now... Dia kata, if at any time tetiba beliau sesak nafas dan tak de... dokter kata dia takkan terkejut sbb kondisi abang sangat teruk.

Treatment sekarang hanya untuk abang bertahan je..sebab semua pilihan treatment yg dorang ada lepas discuss ngan pakar kat GH dan Serdang risiko lg tggi sbb ada pendarahan kat otak tu sblm ni...

Dokter minta maklumkan pada keluarga yg lain ttg risiko abang untuk tak de tu tggi..harap bersedia katanya.. Next treatment dia akan bg ubat cair darah yg baru pada abang sblm lepaskan abang balik...

sebak sangat...😢 Takmo putus asa selagi bernafas 💪💪💪 ... Hasbunallah Wa nikmal wakil!

Esok dah boleh balek umah.
Dokter minta bli sendiri ubat cair darah kat farmasi.

Untuk dua bulan sahaja kosnya Rm654..Allahu..

29/8/2017
Pagi tu ke UPM jumpa dekan discuss hal kerja dan jumpa semula CoSv untuk dapatkan komen akhir thesis.

Petang jam 6 sampai di hispital dan uruskan discharged.Jam 7.30 selamat sampai dirumah.

.............

Penutup bulan Ogos yang sangat2 memberi cabaran dalam menguruskan pelbagai urusan serentak.

Syukur punyai keluarga dan sanak saudara yang sentiasa disisi menghulurkan pelbagai pertolongan dan bantuan serta yang paling utama doa buat kami.

Dan...

Insan kesayangan yang sentiasa disisi sepanjang saya menguruskan segalanya dengan izin ayah.

Seperti biasa.

Survival tools sampingan saya ialah bisnes. Kali ni Cookies Sado yang mendapat sambutan hangat 😄

Comments

Popular Posts