Di Akhir Garisan

:: Bismillahirahmanirrahim ::

Alhamdulillah, dengan izinnya pada saat ini... saya selesai menyiapkan Slide untuk Viva esok pagi jam 9.

Ya, masa dapat tahu tentang tarikh viva agak singkat, walau saya menjangkakannya. Sepanjang di MImos saya sangat seronok dengan segala tugasan yang diberi. Semestinya Itqan dalam urusan saya komited menyiapkan semua tugasan menyebabkan saya agak terleka membuat penyediaan untuk Viva lebih awal.

Separuh slide, iaitu dibahagian akhir slide saya agak lemau nak siapkan.

Subhanallah, siapa tahu.. dalam tempoh 3 hari saya boleh siapkan sebenarnya dengan fokus. Syukur tidak tergesa-gesa.

Cuma agak terkilan, saya gagal siapkan satu jurnal untuk dipublish saja.

Sepanjang Ramadhan, doa saya untaikan. Berperang dengan emosi, rentan kisah putus hubungan tempoh hari sering menggamit memori. Moga hati kami tenang.

Saya memohon cuti selama seminggu dengan syarat siap semua tugasan yang diberi supervisor.
Sepanjang tempoh ini zikir hati tidak lekang.

Perasaan? awalnya cuak dan risau, namun selepas selsai buat semua persediaan..hati makin hari menjadi redha. Saya anggap esok adalah ahri untuk menambah baik thesis saya, untuk saya belajar betulkan kesilapan dan beri yang terbaik.

Moga esok berjalan lancar.

Walaupun, saya tidak present dengan baik semasa mock Viva dan tergesa2 present pada supervisor kerana masing2 kesuntukan masa...

Menoleh kebelakang atas apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan ini, tidaklah semuanya pahit dan getir. Ada ruang-ruang masa yang Allah hadirkan senyuman. Dengan itu,

kini..hanya padaMu Allah, Aku bertawakal !

Comments

Popular Posts