Perlanjutan Kedua Pembetulan Tesis

30 hari Penangguhan Kedua Pembetulan Tesis

Multi Tasking skill, merupakan skill yang penting dikuasai. Ia merangkumi elemen skill pembahagian masa, mengurus masa, pantas dan effisyen daam tugas, fleksible tanpa hilang fokus.

Saya yakin, sepanjang pengajian ini sememangnya saya boleh lakukan multi tasking skill namun perlu di teliti semula sebab kebanyakkan yang saya usaha lakukan tidak semua berjaya.

Ini kerana saya eorang yang perlu FOKUS dalam hendak selesai kan sesuatu tugas. FOKUS dalam ruang masa yang diperuntukkan untuk tugas itu sahaja. 

Jika terdapat pilihan pioriti, saya perlu utamakan yang pioriti. 

Jujur saya serba salah dengan kerja hakiki walaupun kebanyakkan tugasan yang diberi saya dapat siapkan dengan bersungguh dan baik. serba salah kerana saya rasakan saya boleh beri lebih baik dan lebih segera. 

Tapi disebabkan antara dua pilihan yang penting sekarang, saya pilih tesis untuk disiapkan kerana masa tidak dapat ditunggu2 lagi.

Susun masa

Banyak faktor yang halang atau jadikan masa itu terhad. 

Tetapi saya tetap bersyukur kerana ujian saya tak la sehebat rakan-rakan lain yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak kecil. Saya sendiri tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan saya sekiranya perlu tambah pioriti suami dan anak dalam list pioriti dan pembahagian masa.

Inilah asbab yang berupa hikmah mengapa saya masih belum bertemu jodoh dan direzekikan berumah tangga.

-----------------------------------

Seminggu (25-30 sep) saya cuti untuk siapkan
jumaat-sabtu-ahad saya pulun 
dan sudah siap 

cabaran kali ini ialah hendak linkkan semua dengan problem statement saya.

ini harus fokus yang tinggi dan penelitian... 

sendiri dan kurangnya ketenangan diri dalam harungi semua ini mencipta satu tekanan yang perlahan2 cuba menguasai diri tanpa saya sedari.

hah! ya, tambahan dengan ketidakstabilan hormon ketika itu menjadikan saya sedikit kurang rasional. Sedanglan selepas semuanya berlalu, saya sedari yang saya sebenarnya boleh menghadapi hari-hari itu dengan lebih baik.

Aduhai! saya tewas sekali lagi. Nampaknya kali ini saya perlu lebih teliti dalam menguruskan emosi saya. melihat insan-insan yang berjaya dan memberi impak dan kesan terhadap masyarakat sepertimana yang sebelum ini saya pernah ditarbiyah kan menyebabkan saya melihat diri ini terlalu tidak berguna.

sedih.

Tesis tersebut sudah berjaya saya serahkan kepada penilai utama. InsyaALlah dalam minggu ini saya akan cuba dapatkan semula dari beliau, sementara itu, penyemakan terakhir perlu saya lakukan dari sudut formating dengan lebih teliti. 

Seterusnya ialah penghasilan jurnal untuk submission. 


Comments

Popular Posts