Lebaran Baru 2019

::Bismillahirahmanirrahim::
Permulaan tahun baharu yang sangat mencabar.
Ramai yang bertanyakan sekarang kerja dimana. Hmmm saya biasa jawab habis contract sahaja. Biarlah apa yang berlaku antara saya dan mereka. Kita merancang, tetapi perancangan Allah lebih kemas. Kerana itu perlu sentiasa belajar redha. Sabar dan terima dengan hati ikhlas apa yang berlaku. Saya sangat tidak terjangka dengan apa yang berlaku..tersusun cantik, walau tetap ada kepayahan. Sebaik sahaja beri notis 24jam esoknya saya dihubungi Client untuk projek pembangunan website yang mana hasilnya 10kali ganda dari gaji yabg tertangguh tersebut.
Allahhu... sujud syukur.
Dia tak pernah berhenti uji dan tak pernah putus memberi nikmat.
Hanya diri ini sahaja yang leka.
.
Sementara menunggu proses lapor diri di UPM saya grab sahaja dahulu projek yang dapat disamping kerja sementara sebagai arts tutor.
 .
Sekurangnya beban kerja tak banyak untuk saya siapkan projek berkenaan. Alhamdulillah juga insyaAllah awal bulan 2 atau 3 seorang sahabat menawarkan kerja sebagai webmaster. Yup. saya grab sahaja juga yang ini.
.
Kesemua pengalaman bekerja dari serendah2 sijil saya kutip dan lalui. Pada saya tiap pekerjaan itu ada nilai tambah yang jika kita teliti ada hikmahnya dan sesuatu untuk dipelajari.
.
Paling2 pun melatih sabar. rendah hati .ikhlas dan Itqan yag mana kesemua inu amat diperlukan pada tiap level pekerjaan. dari serendah rendah "kuli" hingga setinggi melangit pangkat dan level.

 

Comments

Popular Posts