Rezeki sesudah Ujian

Salah satu doa dari insan teraniaya ini ialah..andai saya yg bersalah terhadap mereka saya terima apa yang berlaku sebagai ujian. Jika memang meraka yang bersalah, rezekikanlah dengan perkara lain yang dapat membantu sy selesaikan kos kerugian yang saya tanggung sendiri.
.
Allah sudah jawab.
.
Semalam saya dapat satu job website untuk bulan ni.
.
Moga Allah balas yang setimpal apa yang berlaku keatas saya terhadap mereka.
.
Saya masih belajar mencontohi Rasulullah yang memaafkan bani Taaif. Namun, saya tak sekuat baginda.
.
Prinsip saya mudah, terlihat terkadang saya naif, mudah di "buli" terlalu jujur. Tapi satu sahaja. Sekali anda cuba buat "dajal" saya akan mengadu pada yang Maha berkuasa. Saya akan mohon doa ibu ayah.
.
Biar Dia yang tentukan balasan. Sebab itu ayah selalu pesan..jaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga kita.
.
Sebentar lagi nk study sikit keperluan yang client nk untuk buat quotation.
.
Ramadhan dah nak dekat... Rindu semakin jauh..semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna. Nak semarakkan kat rumah teraweh dengan ibu.

Comments

Popular Posts