Doa senjata

Dalam riuh nak uruskan pelbagai tugasan, dan nk cari mood nk siapkan jurnal tu lagi... Terdetik sesuatu.
.
Bagaimana Allah kabulkan doaku yang bertahun2 sewaktu itu aku berusia 9 hingga 12 tahun inginkan adik.
.
Tiap malam, menangis merintih doa. Bayangkan dapat peluk adik baby .. aku bayangkan aku manjakan dia..semuanya.
.
Bahagia dan gembira.
.
Saya terfikir, betapa hebat kuasa doa dan kuasa minda yang menggambarkan apa yang kita nak dan pabila berdoa dengan bersungguh itu. Dia Maha dengar dan makbulkan.
.
Benarlah diri kita yang sebenar adalah diri kita ketika kanak-kanak. Suci, tulus ikhlas. Entah mana hilangnya keyakinan pada Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang.
.
Ternyata aku masih belum ikhlas dan redho dalam jejak langkah ku kini.

Comments

Popular Posts