Ups and Down

Hampir dari satu musim period ke period yang seterusnya. Aku lemau...

Ada waktu bangun tapi banyak waktu adalah jatuh membumi lantas rasa malas untuk bangun dan menguruskan rutin yang sama.

Bilamana jika rutin itu sempurna aku lakukan dari hari ke hari pasti akulah manusia paling bahagia kerana bukan manusia yang dalam hari-hari ruginya melepakan masa yang berharga yang pasti takkan kembali.

Apa yang masih buat aku berusaha bangkit, salah satunya diri dia yang aku sayang.

Aku kagum dia.

Punyai disiplin diri yang hebat.

Dia seoalah tak jemu ulang laku kerja dan tugasan hariannya.

Aku sering mengadu saat lemau ku. 

Kebanyakkan hanya sebagai tempat meluah lelah. 

Sedangkan aku tahu aku boleh bangkit jika ada MAHU.

Seperti kebiasaannya.... hari ini juga punyai magisnya tersendiri.

Filem Hillbilly Elegy  aku tertonton di Netflix berikan satu "tamparan" kesedaran.

Bahawa seseorang itu tidak meminta untuk sebarang takdir tidak bagus berlaku untuk diri dan keluarga yang dibina. Tetapi yang terjadi tetap terjadi dan semua ujian tersebutlah yang membentuk diri seseorang itu. Ia lebih kepada bagaiamana kita berdepan dengan situasi dan menganggap situasi tersebut apa.

dan 

yang pasti hari ini ada "emosi" tergangguku sendiri kerana hari ini hari pertama periodku hahaha..

cuma yang minggu lepas2 adalah kerana aku agak sedih bila temuduga tersebut di ulang lagi.

Comments

Popular Posts