Diam itu membunuh rasa ~
Yup dua bulan dah masih keadaan sama dan yang lagi sakitnya, diri ini dah mula menangis sendiri bila teramat rindu.
Cuba?
dah cuba tapi kena ghosting ... geram marah semua dah habis rasa last hanya air mata jela yang mampu
banyak kali terfikir, kenapa tak de yang sayangkan diri ini
teruk sangatkah aku
aku tak pernah minta lebih. cukup la dalam sehari tu mesej pun cukup. mesej bg tau "sy busy hari ni, awak ok?" just a word. ni tak de. senyap berhari-hari, minggu dan akan ku tunggu hingga berapa bulan since last mesej tersebut ....
------------------------------------xxxxxx--------------------------xxxxx--------------------------------------------
December 2022
Sengaja update kat sini sbb kisahnya bersambung.
Berterus terang adalah kunci. Akhirnya kami sefahaman dan saling bermaafan.
Aku semakin belajar fahami dia dan dia juga belajar sama fahami diri ini.
Akhirnya kami temui satu titik persamaan dalam kematangan.
Kisah kami bersambung, banyak kisah menarik yang membaik berpihak padanya dan juga diri ini.
Padaku kami masing-masing mengambil jalan tengah untuk tidak terlalu radikal dalam keputusan. Masih perlu berhati-hati. Situasi itu sulit untuk diperjelaskan. Jika aku cerita, ramai berpendapat untuk aku tinggalkan saja dari buang masa. Tapi pada ku, tiada apa yang perlu dikejar dan diendahkan tenatang masa, harunginya sebaik mungkin sahaja yang penting aku dan ibu ayah sentiasa bersyukur dan gembira. Kami telah lalui terdahulu fasa jerih payah. Maka, kini merupakan fasa recovery dan bina bangkit.
selanjutnya akan aku kongsi dalam posting akan datang.
Comments
Post a Comment