Jangan rapuh

Bertindak

Hampir 4 hari saya buntu dalam tindakan. Berlegar2 dikepala apa yang perlu dibuat. Akhirnya saya matikan dengan tidur...lantaran pening untuk bertindak. Aduhai! Begitulah, turun naik semangat dan motivasi dalam perjalanan ini.

Eksperimen saya kurang stabil. Hardware perlu diubah suai. Alhamdulillah temui solusi. Moga ada rezeki untuk saya bergerak dan beli module hardware tersebut..bersaing dengan masa tiada apa yang dapat melainkan ada berkat dalam masa tersebut. Perlu muhasabah diri.

Sambung kemaskini thesis, bab yang agak kritikal. Esok malam ada perbincangan. Moga temui jalan solusi.

Sayu
Lewat telifon, mendengar suara ibu ayah sahaja sudah buatkan saya sebak.
Rindu...
Maafkan kakak... kakak cuba buat yang terbaik ... mungkin belum cukup usaha dan belum kuat bergantung pada Allah..
Kakak akan teruskan usaha...
Moga Allah jaga ibu dan ayah serta mudahkan urusan keluarga kita...

"Ibu tak nak kakak rasa serba salah, sebab kakak tak kerja lagi untuk sara keluarga kita..Ini ujian keluarga kita, ibu selalu doakan kakak cemerlang dan cepat2 habis belajar...kerja dekat dengan ibu.."

Sayu..satu saja hajat dihati ... makbulkan lah doa ibu.... tenangkanlah jiwanya..

Allahu..!

Seminggu lagi... Disember ...

Comments

Popular Posts