Soalan Cepumas
" Haa.. belajar sudah nak habis, bila pulak nak kawen ni?"
Kebelakangan ini dalam suasana konvo yang masih meriah di kampus, soalan cepumas ini sangat banyak saya terima.
Jawapan ulang siaran: " Jika boleh, lepas hantar thesis nak je kawen. Tapi calon tak de, carikanlah ye."
Jelas terus. haha!
Prinsip
Inilah yang saya pegang sejak zaman remaja hingga sekarang. Tiada istilah couple dalam kamus hidup saya. Jika ingin bercinta selepas nikah. Jika ingin kenal, cukup sekadarnya dan jika serius terus berjumpa ayah untuk minta izin berkawan dan nyatakan hasrat. Ada berani? haha!
Teringat pesan ibu dari arwah atok, Pak Tahir yang sangat terkenal dengan ketegasan menjaga 8 orang anak daranya. " Lelaki dan perempuan itu tidak ada yang dinamakan "sekadar berkawan" jika berkawan pasti ada jiwang-jiwang."
Ya. Jika dilihat pada situasi zaman sekarang pasti prinsip ini dianggap kuno atau lapuk. Pasti ada pertikaikan dengan hujah dan pendapat pelbagai. Untuk hal sebegini saya biasa mengambil jalan tengah. Berkawan dan bersahabat dengan lelaki boleh, tapi atas dasar apa? urusan tugasan? kerja? belajar? jual beli? Letakkan niat berurusan itu sebagai pembatas segalanya dan setelah selesai cukup sekadar itu. Perlu ada batas. Cool tapi Serius.
Jika tiada urusan penting tidak perlulah berhubung kerana kebiasaannya dari sudut itulah ramai yang tersasar dan berlakulah pergaulan bebas yang tanpa disedari hilang terus serinya mawar yang indah itu tadi.
Percayalah pabila kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita.
dan soal jodoh,
yang banyak saya belajar dari apa yang dilalui sepanjang usia ini adalah, usah terlalu mentadbir takdir sebaliknya usahakan memperbaiki diri dan khidmatlah kepada kedua ibu ayah dan keluarga itu lebih utama.
bila masa dan saatnya tiba pasti akan tiba. Yakin itu.
Nota cinta dari petikan salah satu surah kesayangan saya, Surah An Nuur ayat 26;
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik"
Kebelakangan ini dalam suasana konvo yang masih meriah di kampus, soalan cepumas ini sangat banyak saya terima.
Jawapan ulang siaran: " Jika boleh, lepas hantar thesis nak je kawen. Tapi calon tak de, carikanlah ye."
Jelas terus. haha!
Prinsip
"Berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari diri mereka telah tertusuk duri cinta. Cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk duri-durinya"
SQInilah yang saya pegang sejak zaman remaja hingga sekarang. Tiada istilah couple dalam kamus hidup saya. Jika ingin bercinta selepas nikah. Jika ingin kenal, cukup sekadarnya dan jika serius terus berjumpa ayah untuk minta izin berkawan dan nyatakan hasrat. Ada berani? haha!
Teringat pesan ibu dari arwah atok, Pak Tahir yang sangat terkenal dengan ketegasan menjaga 8 orang anak daranya. " Lelaki dan perempuan itu tidak ada yang dinamakan "sekadar berkawan" jika berkawan pasti ada jiwang-jiwang."
Ya. Jika dilihat pada situasi zaman sekarang pasti prinsip ini dianggap kuno atau lapuk. Pasti ada pertikaikan dengan hujah dan pendapat pelbagai. Untuk hal sebegini saya biasa mengambil jalan tengah. Berkawan dan bersahabat dengan lelaki boleh, tapi atas dasar apa? urusan tugasan? kerja? belajar? jual beli? Letakkan niat berurusan itu sebagai pembatas segalanya dan setelah selesai cukup sekadar itu. Perlu ada batas. Cool tapi Serius.
Jika tiada urusan penting tidak perlulah berhubung kerana kebiasaannya dari sudut itulah ramai yang tersasar dan berlakulah pergaulan bebas yang tanpa disedari hilang terus serinya mawar yang indah itu tadi.
Terkadang ada yang menyatakan tidakkan sebegini seakan sombong dan kurang mesra. Tapi pada saya disitulah letaknya harga diri seorang wanita yang menjaga diri dan perlu ada cara dalam dia membawa dirinya dalam berinteraksi dengan lelaki agar tidak menjatuhkan sendiri maruahnya sebagai seorang muslimah.
Percayalah pabila kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita.
dan soal jodoh,
yang banyak saya belajar dari apa yang dilalui sepanjang usia ini adalah, usah terlalu mentadbir takdir sebaliknya usahakan memperbaiki diri dan khidmatlah kepada kedua ibu ayah dan keluarga itu lebih utama.
bila masa dan saatnya tiba pasti akan tiba. Yakin itu.
Nota cinta dari petikan salah satu surah kesayangan saya, Surah An Nuur ayat 26;
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik"
*Pesan buat diri sendiri juga, mungkin ada khilaf tanpa disedari, masih belajar perbaiki diri dan bukanlah yang sempurna..bersabarlah duhai Mawar Berduri" :)
Comments
Post a Comment