perancanganNya

:: Bismillahirahmanirrahim ::
Kita merancang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Kembalikanlah segala urusan itu kepada Allah dan bersabarlah :)
Kata-kata ini saya hadiahkan buat diri saya tiap kali apa yang berlaku tidak berlaku seperti apa yang saya harapkan. Mendidik jiwa yang begini amat payah dan saya sendiri belum lagi dikatakan dapat melepasi didikan Allah ini kerna masih ada sisa rasa yang bertanya-tanya KENAPA berlaku begitu-begini?

Astaghfirullah! lemah sungguh saya.

Memujuk diri

Kita hanya hamba, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan kita wajib menerimanya tanda kita redho dengan ketetapanNya. Begitulah saya memujuk diri. Saya rangkakan agar permohonan biasiswa saya dari KPT yang lebih berbaloi bagi menampung keluarga serta buat simpanan saya pada masa akan datang dapat sedikit sebanyak membantu saya.

Namun perancangan Allah, permohonan saya tertangguh dan perlu di mohon semula. Namun, disebalik kekecewaan itu dihadirkannya rezeki yang lain. Saya mendapat tawaran biasiswa dari universiti saya. Ia memiliki beberapa kekurangan berbanding biasiswa KPT iaitu saya perlu mengajar kelas sebanyak 6jam seminggu, saya perlu punch in-punch out setiap hari mengikut waktu bekerja, saya hanya ada 2 hari sebulan untuk sebarang cuti dan elaun bulanan berbeza sebanya RM600 berbanding biasiswa KPT dan dimana biasiswa KPT tidak terikat dengan sebarang syarat seperti yang dinyatakan tadi.

Ditakdirkannya, sewaktu saya hampir mahu terus menunggu juga biasiswa KPT tanpa mengendahkan biasiswa universiti itu saya mendapat panggilan telifon dari unit biasiswa universiti untuk hadir mendengar taklimat biasiswa. Hati saya terdetik, untuk hadiri taklimat dan buat keputusan setelah itu.

Syukur, kerana saya dibenarkan pindah kontrak biasiswa tanpa bayaran kembali sekiranya saya dapat tawaran biasiswa KPT tersebut dan biasiswa saya akan bermula seawal Oktober.

Begitu aturannya ... saya terus memujuk hati. mengambil tiap kelemahan biasiswa universiti itu sebagai satu PELUANG :) peluang ...

dimana, mengajar kelas selama 6 jam seminggu sebagai satu latihan saya sebagai pensyarah kelak yang harus bahagikan masa mengajar dan membuat penyelidikan .

peluang ...

dimana, perlu berada difakulti mengikut masa pejabat dan cuti yang sedikit sebagai satu disiplin masa saya untuk saya menyiapkan penyelidikan segera saya dan bergraduat pada tempoh yang ditetapkan iaitu 4 tahun maksimum.

peluang ...

dimana, sedikit rezeki wang yang saya peroleh mendidik saya untuk belajar bersyukur dengan apa yang ada dan mengurus keewangan dengan lebih baik. bukankah keberkatan rezeki itu lebih kita harapkan :) sedikit tapi cukup sudah untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

OPTIMIS :)

keupayaan menukarkan cubaan dan dugaan kepada satu bentuk penerimaan yang positif amat penting untuk mendidik hati kita menjadi hamba yang bersyukur dan bersabar

tenangkan hati ibu

Seuisai taklimat biasiswa, saya khabarkan berita gembira ini pada ibu dengan sedikit kata-kata peringatan bersama... "ibu jangan risau, segalanya insyallah dimudahkan Allah. Rezeki tu ada, lambat atau cepat sahaja... bersabarlah.." reda sudah esak tangisnya dihujung talian.

Semoga Allah berkahi ibu. lembutkanlah hati ku agar bisa aku santuni ibu dengan lembut dan berhikmah.sesungguhnya hatinya terlalu ampuh. kuatkan aku untuk aku kuatkan ibu..amin...

saya berharap agar saya dapat didik lagi diri ini untuk belajar menerima apa yang telah terjadi sebagai satu peluang bukan sesuatu yang negatif walau jika ada sekalipun lihatlah dari satu sudut pandang yang lain agar diri ini lebih tunduk hati.. insyaallah...

wassalam


Comments

Popular Posts