Tahun pertama semester kedua

:: Bismillahirahmanirrahim ::

Melangkah dalam bidang penyelidikan ini sememangnya sesuatu yang mencabar. Saya masih teringat soalan makcik saya semasa saya ditingkatan lima. Ketika itu saya menumpang dirumah beliau yang berhampiran dengan sekolah, kerana disebelah petang saya ada aktiviti kokurikulum yang perlu dihadiri. Saya sedang siapkan kerja sekolah yang ada sementara menunggu waktu dan dia bertanya,

 " Ipah tak penat ke belajar ye? susah tak?"
 " tak penat lah, best, saya suka belajar ..adventure.."

ketika disekolah menengah tidak terasa sangat cabarannya, kini semakin meniti tangga-tangga ilmu cabarannya makin terasa.

Ia meliputi segenap aspek, kerana saat ini jua tangungjawab menguruskan segenap keluarga mula terpikul kerana usia orang tua kita semakin uzur. subhanallah ...beginilah tarbiyah Allah dalam sekolah kehidupan.

cabaran saya diperingkat awal ini ialah untuk mendapatkan pembiayaan pengajian saya. permohonan telah dibuat, namun harus diproses semula kerana permohonan saya sebelum ini adalah ketika saya masih lagi terikat dengan kontrak bekerja.

bagi menyara diri dan keluarga buat masa ini, saya bekerja sebagai pengumpul data dan penunjuk ajar satu subjek animasi di fakulti saya. Insyaallah memadai, cuma... biasiswa yang saya mohon adalah untuk tenteramkan hati ibu..bahawa saya tiada masalah keewangan dalam melanjutkan pengajian.

semoga Allah tenangkan hati ibu, sementara keputusan masih dalam pertimbangan.

Semester kedua PhD

Semester ini, fokus saya ialah untuk menghasilkan satu review paper yang lebih holistik dalam bidang kajian saya. sekurang kurang nya saya dapat satu gambaran jelas tentang bidang ini dan sekaligus dapat mencari solusi bagi permasalahan yang dikenal pasti dalam bidang saya ini.

Sasaran terdekat saya ialah untuk menghasilkan satu review paper bagi LR saya dan juga pada masa yang sama saya perlu design algorithm yang saya telah pun cadangkan pada supervisor saya.

Insyallah saya yakin saya boleh siapkan dalam tempoh 3-4 bulan ini... :)

wassalam

Comments

Popular Posts