Kemajuan penyelidikan semester tiga

::Bismillahirahmanirrahim::
Semalam saya berjumpa dengan supervisor saya setelah membuat temujanji untuk saya kemaskini laporan kemajuan penyelidikan. Hampir 3 bulan saya tidak berbincang tentang penyelidikan. Hanya memberi laporan melalui email sahaja.
Kebiasaannya bagi temujanji  bersama beliau kami akan berjumpa setiap dua minggu sekali dan ia mengikut keperluan. Walaubagaimanapun , saya agak berpuas hati kerana bulan lepas saya berjaya bentangkan copyright untuk penyelidikan master saya.
Sasaran yang saya pada semester ini ialah; terbitkan satu jurnal dari satu fasa penyelidikan saya dan saya letakkan sasaran untuk menyiapkan tugasan tersebut pada awal bulan May. Alhamdulillah, dalam kekalutan itu saya berjaya siapkan jurnal tersebut.
Seterusnya ialah mencari jurnal yang berimpak faktor tinggi untuk terbitkan hasil kajian fasa satu saya :)

Comments

Popular Posts