Berniaga kecil-kecilan

::Bismillahirahmanirrahim::

Hari ini sudah masuk bulan ketiga saya terlibat sebagai salah seorang peserta usahanita di UPM.

Ya. Berniaga kecil-kecilan. Produk Pemakanan Sunnah Minsyam. Pada mulanya saya hanya terlibat dalam perniagaan secara online di ruang muka buku (facebook). Tetapi kerana masa saya terhad untuk membuat kiriman secara pos mska saya serahkan tugas itu kepada rakan niaga saya dan saya hanya fokus mempromosikan secara offline di sekitar serdang.

Inipun, saya buka gerai jualan sebulan dua hari sahaja.Sekadarnya. Sedikit sebanyak mempromosikan produk pemakanan sunnah.

Sekadat merebut peluang.Saya berhasrat untuk membina satu ruang dimuka buku untuk promosi pakej istimewa.Insyaallah.moga saya punyai masa dan diberkati usaha.

Comments

Popular Posts