Ramadhan tahun kedua


:: Bismillahirahmanirrahim:: 

Hari ini hari kedua Ramadhan..Alhamdulillah, hari pertama.Tahun ini terasa lebih baik berbandung tahun yang sudah..moga ditingkatkan lagi amal dan iman.insyaallah...

Pabila menjelang Ramadhan, teringat akan saya genap sudah setahun blog ini wujud namun tak begitu banyak entri yang saya kongsikan. Kelmarin saya sempat mengikuti Konvensyen Mini Penulis 2013 pada 20 Julai 2013 bersamaan 11 Ramadhan 1434H . 

Bagi mencapai apa yang diimpikan perlu ada latihan dan bimbingan. Syukur kerna melalui laman sesawang kursuspenulisan.com saya perolehi info berkenaan kovensyen tersebut yang saya kira satu langkah awal untuk saya perolehi sumber maklumat serta bimbingan.

Terasa kerdil akan diri ini pabila bersama penulis-penulis berbakat serta yang kebanyakkannya sudah lebih 5tahun berada dalam bidang penulisan. Mengintai peluang dan mencipta ruang kejayaan. Itulah tujuan saya berada disana. Berkenalan dengan para mentor didalam bidang penulisan.

Kredit: Google Image

Dengan izinnya jua agar melalui tinta dapat akan diri ini memberi manfaat kepada masyarakat

Comments

Popular Posts