Melangkah laju ...

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
Alhamdulillah untuk minggu ini. Sepanjang minggu lepas saya sangat sibuk menguruskan poster untuk pameran inovasi malaysia.

MIExpo 2013..dahulu di UPM ia dikenali sebagai PRPI.Selepas selesai thesis sarjana pada hujung tahun 2010 saya meleletakkan sasaran untuk menyertai pameran inovasi ini. 2011 penyelia saya mengerjakn haji pada tarikh yg sama manakala pada 2012 beliau berkursus. Saya tanamkan azam dan sedia menanti untuk tahun ini.

Dengan izin Allah. Penyertaan copyright produk saya diluluskan awal tahun ini dan saya gunakan produk kajian saya ini untuk menyertai MIExpo 2013.

Pameran ini membuka ruang para penyelidik mengetengahkan hasil kajian dan produk inovasi mereka. Semasa menyediakan persiapan perbentangan, sangat kecil saya rasa sumbangan yang saya hasilkan dibandingkan dengan inovasi yang lain.

Pengalaman. Ya..itu matlamat dan niat saya. Pengalaman menyertai pameran seperti ini mengajar kita berkomunikasi dengan bahasa mudah dalam menyampaikan hasil kajian kita.
Ternyata respon hakim yg bukan dari latar belakang IT sangat berbeza pertanyaan mereka. Namum dari situ sedikit sebanyak saya mendapat input untuk penambah baikkan :)

Secoret pengalaman..Poster oh Poster

Selepas selesai menghantar borang dan mendaftat secara online untuk expo tersebut. Saya terus mereka bentuk poster. Poster produk dan penyelidikan amat berbeza. Bagi menghasilkan poster yang berkualiti, saya mendapatkan pandangan abang saya yang amat berpengalaman dalam mereka bentuk bahan bercetak.
Saiz poster A1 memerlukan gambar yang bresolusi tinggi agar mendapat hasil yang berkualiti. Hampir dua hari saya membetulkan beberapa kesilapan kecil dalam menaip dan mengemaskini format. Akhirnya sehari sebelum poster perlu ditampal diruang pameran, poster saya berjaya dicetak.

Ibu ayah dan restu

Sangat letih semasa dalam proses persediaan untuk pameran ini kerana ada kelas yang perlu diajar dan kelas belajar pada masa yang sama. Saya terus bergerak pulang bertemu ibu ayah setelah selesai segala persiapan.Terasa hilang lelah selepas melihat wajah ibu ayah :)

Comments

Popular Posts