Tulisan yang semakin kaku

::Bismillahirrahmannirrahim::
Semakin kaku lenggok gaya tulisanku..kebanyakkannya berkisar lebih kepada melaporkan aktiviti harian .Sekadar itu sahaja. Ia kering tanpa sebarang sentuhan yang bisa menjentik hati mahupun membangunkan jiwa insan.Sedangkan tujuan saya mencoret segala titik detik yang saya lalui sepanjang perjalanan ini adalah untuk membangunkan juga jiwa mereka yang satu perjalanan...

Dimana kurangnya impak penulisan saya? Input yang sedia dikongsi, mungkin terlalu umum tanpa sebarang penelitian hikmah yang dapat dikongsikan...hmmm...sedangkan melalui banyak orang, melalui banyak situasi bisa terselit pelbgai pengajaran yang saya kira ia sebagai teguran dari Nya...

Insyaallah... saya akan perbaiki lagi ^^ ya...mungkin sahaja saya tidak puas meluahkan kemasan terkini tugasan saya diblog penyelidikan saya menyebabkan saya teruja mengulang cerita di blog ini..

Teringat kembali nasihat yang saya terima di Konvensyen Mini Penulisan tempoh hari, bahawa kita perlukan contoh karya dan mentor dalam membantu kita merangka karya kita.. Saya sedang menggarap dari beberapa bahan rujukan. Insyaallah akan saya baiiki :)

Comments

Popular Posts