Anugerah Terindah

Doa yang termakbul
Jika ada yang bertanya apakah perkara paling indah dalam hidup ini, jawapannya hari ini.
Genap 20 tahun sudah berlalu. Pantas sungguh waktu. Dia sudah dewasa. Cantik. Matang dan bijak.
Dia anugerah hadiah Allah selepas 3tahun saya menunggu kehadirannya.  Beza usia antara kami 12 tahun. Sejak kakinya bersaiz dua ibu jari, saya manjakannya dengan penuh kasih sayang. Hingga ibu sendiri cemburu melihat akrabnya saya dan dia.
Dialah kawan, dialah juga teman jika bergaduh.
Moga Allah lindungi dan pelihara dirinya.
Sayang, kakak sayang sangat Intan. Jadi anak yang solehah ya ☺

Comments

Popular Posts