Situasi sama tapi tak serupa

Sama tapi tak serupa

Semasa akhir semester master saya saya berkerja sambil siapkan baki thesis terakhir. Bekerja sebagai cashier kioks dan kemudian ada rezeki di fakulti dimana saya terpilih untuk  menjawat jawatan pembantu pengajar bagi jabatan multimedia.

Cabaran disini adalah pembahagian waktu antara tugas hakiki dan siapkan thesis.

Cabaran kini, saya bekerja sambilan sebagai RA di MIMOS. Bezanya, pertama... dahulu lokasi kerja dekat sahaja. Jika bergerak jam 7pagi dari rumah sewa masih mampu sampai pada masanya di fakulti. Kini, jaraknya agak jauh dan kesesakkan dijalan utama pasti ada. Saya harus keluar awal.

Kedua, skop kerja. Skop kerja dahulu lebih kepada tugasan teknikal pentadbiran dalam menguruskan fail pengajaran dan 12jam waktu mengajar seminggu. Namun kini, fokus kepada penyelidikan.

Ketiga, dahulu saya akan habiskan waktu malam di ofis untuk siapkan thesis saya. Kini, saya kurang pasti lagi bagaimana untuk ubah suai masa saya.

Positif

Pertama, saya perlu eksperimen jadual masa saya agar lebih disiplin.

Kedua, cabaran ini sesuatu yang menarik kerana ia mendedahkan saya kepada dunia penyelidikan yang sebenar. Moga ia membantu dan menjadi asbab tugasan PhD saya juga semakin baik.

Ketiga, tidur awal bangun awal. Sepertiga malam bangkit mengadapNya dan tulis thesis.

Bila diteliti tangga-tangga kehidupan, betapa Allah mengaturnya dengan cantik sekali. Tiap tahap semakin mencabar. Subhanallah. Moga ikhlas hati dan redho dengan ujianNya.

Comments

Popular Posts