Ahlan wa sahlan ya Rejab, wa balighna Ramadhan ...

Rejab Method Execution 1st Phase

Bermula pertengahan bulan lepas, hampir setiap hari saya meletakkan azam agar semua to do list dan perancangan tugasan dapat dilaksanakan seiring perancangan. Tugasan kerja semakin mencabar, walaupun saya agak teruja dan suka dengan tugas yang diberi namun tugasan tersebut amat mencuri masa rehat dan peruntukan masa untuk penyelidikan saya. 

Hal ini menyebabkan saya sering pulang lewat hingga jam 8 malam dan perlu mencuri masa hari sabtu untuk selesaikan amanah yang diberi.Tugasan ini adalah untuk persediaan event yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini. 

Dalam kesibukkan itu, saya sehabis mungkin menyelitkan ruang masa menulis thesis dan mengemaskini eksperimen akhir. Selalu gagal. Berperang dengan keletihan fizikal. Hanya beberapa kali sahaja berjaya fokus dan berjaya ada progress.

Allah hu!

Buat sehabis baik dalam tiap urusan, itu prinsip saya. ITQAN. Alhamdulillah, supervisor saya khabarkan yang saya boleh mempunyai kredit untuk ambil cuti selepas selesai event berkenaan, memandangkan komitmen yang telah saya berikan.

Teruskan usaha!

Sesuatu yang menarik, saya ditemukan dengan beberapa insan hebat disini. Mereka merupakan pekerja sepenuh masa yang kebanyakkannya adalah programmer dan mereka juga telah berjaya siapkan Phd mereka pada masa yang sama. 

Berkongsikan pengalaman yang ada dalam pembahagian tugasan, jadual mereka sangat luar biasa. Masa yang diperuntukan untuk tidur sangat sedikit. Sekitar 4 jam sahaja sehari. Salah seorang daripada mereka menyatakan, dahulu para sahabat Rasulullah dan Imam-imam yang berjaya menulis pelbagai kitab lagi hebat dari kita dan mereka berjaya membahagikan masa dengan baik amtara urusan dunia dan akhirat , tetapi kenapa tidak kita..terpukul rasa..

Bermula hari ini, bersamaan 3 Rejab 1437H saya telah susun semula jadual harian dan pembahagian tugasan dan semoga saya berjaya laksanakan apa yang telah saya rancang. 

Semoga seiring rancangan Allah, ameen.





Comments

Popular Posts