Maafkan kakak sayang...

"Intan dapat call dari cafe.."
" So how? Nak ambil ke job tu? Intan rehat la cuti ni, jaga ibu ayah je kat umah"

Dia diam.

Beberapa hari selepas itu, ayah khabarkan yang adik training sebagai pembantu chef, dan akan bekerja sambilan selama 6 bulan.

Terdiam saya.

Maafkan kakak sayang. Amat saya faham, dia hendak cuba bantu saya menggalas tangungjawab ini. Cumanya dalam sanggup tak sanggup melihat dia terpaksa terpukul dengan dugaan ini.

Hati kakak mana yang bisa ucapkan tidak saat adiknya meminta pelbagai keperluan yang memang dia perlu. Dan dia tahu saya hanya menutur janji yang sering lewat saya tunaikan. Kerana itu dia pilih untuk mencari keperluannya sendiri malah ingin diagihkan bersama buat ibu ayah...

Sayang... kakak sedang cuba yang terbaik untuk kita sekeluarga...

Saat ini, bila ada soalan cepumas "Eh, umur dah berapa ni? Bila nak kawen?"

"Bila Allah takdirkan masa yang tepat bersama orang yang tepat..insyaAllah"

Itu saja mampu saya beri, tiada apa yang lebih utama kini melainkan melihat ibu kembali ceria, ayah kembali sihat dan adik serta abang dapat menikmati keselesaan bersama sama...

Ini matlamat utama saya, terkadang hingga saya terluah kata pada ayah, "Kalau kakak tak kawen boleh tak ayah? Kakak nak jaga ibu ayah...abang..intan."

Ayah diam..redup wajahnya memberi seribu satu jawapan yang saya tak tahu nak tafsirkan bahasa jiwa seorang ayah... Seolah mengerti jauh disudut dalam hati anak gadisnya ada sesuatu yang disimpan kuat... berbeza lafaz bicara..

Moga Allah kurnia dan limpahkan rezeki buat kami sekeluarga... ameen..

Perjalanan ini harus diteruskan..walau segetir mana..!

"Daun yang gugur, tidak pernah menyalahkan angin yang bertiup..."

Comments

Popular Posts