A mentor

Penganti ayahanda supervisor yang saya hormati ialah mentor kedua saya.

Beliau merupakan seorang yang amat saya kagumi dari pelbagai sudut. Sebelum ni beliau merupakan co-supervisor tuk master saya dan begitu juga untuk PhD.

Lama saya ikuti dan perhati kaedah kerja beliau sama ada menggalas tugas hakiki mahupun melibatkan diri dalam menyumbangkan kepakaran beliau kepada masyarakat umum.

Yang pastinya, akhlaq dan peribadi beliau amat saya kagumi dalam beliau mempotretkan diri sebagai seorang isteri, ibu serta pensyarah yang beribawa.

Alhamdulillah, saya kini dibawah penyeliaan beliau. Kini, saya ikut lebih rapat beliau agar dapat saya tuntuni setiap tangga2 kejayaan yang beliau telah pun lalui.

Jika sekadar bekerja memang mudah. Hanya ikut KPI kemudian dapat gaji, enjoy. Kemudian repeat cycle tu sampai stress. Itu bukan "kemanisan" dalam bekerjaya.

Untuk itu tiap perkara perlu ada matlamat yang jelas dan niat yang padu. Rancang kerjaya anda bukan kerja anda. Perlengkapkan diri dengan semua skills. Ikut rapat orang yang telah berjaya, contohi dan teladani. Letak target 10tahun akan datang apa yang nak disumbangkan pada ummah.

Kerana

Amanah gelaran Dr itu bukan sekadar nama.

Ia adalah tangungjawab !


Comments

Popular Posts