#sekutsado
Surviving Skills 😄
Berniaga merupakan survival skills yang saya selalu praktiskan dalam berhadapan dengan sepak terajang kehidupan yang berkait dengan rezeki wang ringgit.
.
Kerana pada saya, ia merupakan cara yang pantas mendapat pulangan jika betul kaedah dan caranya.
.
"Setiap masalah bukan masalah tapi peluang"
.
Gunakan apa yang ada dalam genggaman tangan untuk bergerak lebih laju.
.
Ilham #sekutsado hadir tatkala saya sedang menjaga abang yang strok ditengah malam...perut rasa lapar tapi nk makan snack yang tak buat diri rasa serbasalah. Kebutulan, semasa scroll2 Ig ternampak perkongsian cara membuat whey protien cookies. Melihatkan bahan asas sudah ada, pantas saya buat dan kongsikan pada Si Dia.
.
Dia beri reapon positif dan sangat yakin ada potensi yang besar untuk dikomersilkan.
.
Bertatih tatih lah kami bersama2 dalam menghasilkan Whey Protien Cookies yang berkualiti.
.
Sambutan setakat ni sangat memberangsangkan, masih banyak yang perlu diperbaiki.
.
Tujuan utama kami ialah untuk sediakan Whey Protien Cookies yang mampu milik oleh semua. Whey Protien tu mahal jika nak dibeli secara "raw". Jadi kami sediakan pelbagai snack seperti Cookies, muffin dan mini bytes sebagai kudapan.
.
Harapan amat besar untuk jadikan #sekutsado sebagai langkah pertama dalam serius membina empayar bisnes
.
Saya suka bisnes.
.
Ada lakaran minda yang lebih besar dan jauh. Moga tercipta satu masa nanti 😊
.
Comments
Post a Comment