Menanti tarikh Viva

Viva merupakan stage akhir pengajian saya. Selepas disemak oleh pemeriksa luar (negara) yang terlibat dal bidang yang sama dan pemeriksa dalam (negara), laporan mereka diambil kira dan kemudian tarikh viva diberi. Disini saya hnaya diberi 30-40minit untuk terangkan hasil kajian kepada pemeriksa yang akan hadir. Sesi soal jawab akan diadakan dan justifikasi perlu diberikan dengan penuh yakin.

Semuanya bukan atas dasar salah betul. Tetapi nak lihat sejauh mana keyakinan dan kefahaman terhadap apa yang dibuat dan originaliti kajian. Selepas selesai, baharulah ditentukan lulus atau perlu ulang semula apa yg tak puas hati oleh pemeriksa.

Disini...

Terletak pada rezeki masing2.

Ada yang down, bila diminta ulang semula experiment.

Ada yang usahakan juga hingga berjaya.

Semua terletak pada usaha diri sendiri dan selebihnya kerja tuhan.

2 minggu lepas, saya sudah settlekan urusan di sekolah pengajian siswazah. Mereka khabar examiner external dan internal sudah dilantik. Thesis akan disemak dalam tempoh 2 ke 3 bulan untuk dapat tarikh sebenar Viva.

Sementara itu saya sedang usahakan slide untuk perbentangan viva. Pada masa yang sama, research grant saya sudah tamat tempoh dan tidak dilanjutkan.

Ujian yang sama untuk kesekian kalinya lagi. Sabar.

Hikmahnya dari eksiden yang mengakibatkan total lost, saya mendapat pampasan dari insurans. Dan berbekalkan wang tersebutlah saya gunakan untuk menyara keluarga sementara menunggu peluang mana2 kerja yang dimohon.

Ya, saya penerima biasiswa Tenaga Akademik Muda UPM dan memandangkan saya sudah hantar thesis, kos sara diri selepas itu tidak dibiaya lagi sehingga selesai mendapat surat senat dan selesai proses temuduga dari pihak uni untuk saya lapor diri. Polisi kali ni sangat berbeza dgn skim Tutor sebelum ini.

Bedasarkan pengalaman rakan yang senasib, proses semua ini bakal mengambil masa lebih kurang setahun untuk dapat posisi jawatan tetap yang ditawarkan.

Saya harus startegikan semula, usaha untuk survive.

Mengamit kenangan semasa saya usahakan pengajian master dengan thesis dahulu. Terpaksa kerja sebagai cashier untuk survive sambil menulis thesis. InsyaAllah kali ni saya akan usahakan sesuatu yang lebih mencabar dan fokus pada bidang saya.

Hakikatnya, saya dah penat...perjalanan kembara ilmu ini terlalu banyak liku2 nya...buat diri lelah.

Tapi, kehidupan harus diteruskan.

Moga Allah permudahkan segalanya.

P/s: Cabaran kali ini mencari kerja yang sesuai dengan bidang dan mudah ulang alik dengan transit awam. Yooish! Usaha dan usaha..!

Comments

Popular Posts