Mimpi hingga bertemu

Cikgu H merupakan cikgu yang banyak memberi kesan memori indah saat saya berusia 12 tahun di sekolah rendah.
.
Jujur saya katakan, saya bukan seorang yang dilahirkan pandai. Saya harus berusaha keras untuk berjaya. Mungkin satu kelebihan saya iaitu saya mudah tangkap apa yang diajar dan jika diulang dengan latihan yang banyak saya mampu jadi mahir dan berjaya.
.
Masih saya ingat, sejak darjah satu hingga darjah 3 saya dikelaskan dikelas yang paling akhir. Itulah pencapaian akademik saya. Namun, Cikgu H mengesan kebolehan saya, saya mendapat keputusan yang cemerlang hingga melayakkan saya dari kelas tercorot melompat ke kelas paling atas.
.
Namun disana, saya tak mampu bersaing. Saya rasa sangat down, suasana dikelas tersebut juga berbeza.Jika dikelas tercorot, saya sering berdiskusi jawapan dan bantu kawan2 yg lemah. Jika dikelas paling atas, mereka lebih santai buatkan saya down sangat.
.
Itu menyebabkan saya kembali ke kelas tercorot semula pada darjah 5 dan darjah 6. Cikgu H sekali lagi menjadi guru kelas saya, 6 Raya. Saya diberi amanah menjadi penolong ketua kelas dan memori paling saya ingat ialah, kami hanya dilepaskan balik jika berjaya menjawab sifir.
.
UPSR merupakan peperiksaan tamat sekolah rendah yang saya harus duduki. Pesaing terdekat saya adalah abang saya sendiri, kami berbeza setahun. Dia sangat berbeza dengan saya, sering mendapat keputusan akademik cemerlang.
.
Namun, Cikgu H banyak beri motivasi secara tak langsung. Masjh saya ingat saat ayah mengambil kad laporan, ayah kata.."Cikgu bagi tau, ipah boleh dapat banyak A UPSR. Perlu usaha lagi ya"
.
Dan buat pertama kalinya, pelajar dari kelas tercorot mendapat straight A UPSR.
.
Kesannya, dari situ saya belajar. Usaha dan rajin serta doa pada Allah adalah kunci kejayaan saya.
.
Dan berbekal turning point dari situ, langkah demi langkah saya usahakan yang terbaik.
.
Syukur, saya berjaya hingga saya ditahap sekarang ini.
.
Sebut saja di peringkat mana, saya pasti mimpikan Cikgu H dan sekolah rendah kami. Saat saya down mimpi tu akan datang seolah beri saya semangat untuk tak putus asa.
.
Dan tiap kali itu, saya akan tertanya2 khabar Cikgu H. Serta doakan kebahagian dan kesejahteraan beliau sekeluarga.
.
Terus mencari...
Ditakdirkan saya bertemu dengan rakan sekolah rendah, dan mengkhabarkan pernah terserempak dengan Cikgu H.
.
Terus sahaja semangat untuk menjejaki Cikgu H kembali, setelah sekian lama putus asa untuk mencarinya.
.
Alhamdulillah, hari ini kami dapat berhubung semula. InsyaAllah, akan berjumpa 😊.
.

Terima kasih cikgu!

Comments

Popular Posts