Come Back @ Mimos


Hampir 7 bulan menganggur dan berusaha mencari kerja yang sesuai sejak tamatnya Kontrak di Mimos tahun lepas. Awal Januari saya usahakan juga 'grab' sahaja kerja menjaga Open Playground di Melawati Mall sebagai pembantu jualan. Memandangkan ada pilihan sama ada bekerja separuh masa atau sepenuh masa, maka saya pilih untuk bekerja dihujung minggu. Pada masa yang sama berusaha mencari kerja melalui aplikasi mencari kerja. Banyak yang di mohon, satu pun tiada yang sangkut. Sehingga awal bulan March, penyelia di Mimos hubungi semula. Katanya, ada projek baru perlukan pembantu penyelidik. Cepat-cepat saya emelkan resume dan tunggu proses perlantikan. Kontrak selama 11 bulan. Syukur sangat ketika itu. Masih lagi teruskan kerja separuh masa dihujung minggu sebagai sumber tambahan buat tabungan simpanan.

Ya..

Nikmat Tuhan yang manakah engkau dustai?
Sedangkan walau kau tersasar jauh... kasih dan rahmatnya masih memayungi..

Allah...



Comments

Popular Posts