My Umar Al Khatab

Dia

Sesunguhnya, dia hadir dengan tanpa diduga. Kekuatan yang ada pada dirinya...

Kasihnya dia pada ibunya
Bertangungjawabnya dia pada amanah yg digalas
Disiplin yg ada pada dirinya
Pandai urus masa
Jimat dalam berbelanja

Yang kurang, adalah penghayatannya pada syariat Allah.

Bukan menghukum, tetapi realiti...sukar berjumpa lelaki yang berkualiti, bujang pada lingkungan umur sebaya diri ini..kebanyakan sudah berkeluarga kerana kawin awal..

Ya.

Aku terima dengan sangka baik.

Dia 100% balikkan diriku. Jika dia hitam..aku putih..Aku naif, dia sudah banyak lalui getir perit hidup yang amat berbeza dunianya dengan aku. Sekilas pandang, orang akan cepat menilai.. ah! mereka tidak sekufu..

Antara keduanya persamaan kami adalah sikap sedikit baran(dia)/gagal kawal emosi (aku)yang mana isu ini menjadi asbab kami tak dapat teruskan setelah aku bermesyuarah dengan ayah ibu.

Ya, ibu ayah paling kenal aku. Bila "gila" aku datang...kelemahan dan kekuranganku..

Kerana itu aku sejak dahulu mencari dia yang persis ayah. Hanya lelaki seperti ayah sahaja yang boleh redakan amukkan dalam jiwa ini. Lelaki soleh yang penyabar dan tenang. Terlalu ideal bukan pilihan itu?

Dan

Aku tahu, untuk bertemu jodoh seperi ayah adalah 1 dalam sejuta.

Aku tidak mahu menghukum. Biar apa pun kisah lama dia. Senakal samseng mana pun dia sebelum ini.... padaku, perkara akan datang hanya Allah yang tahu kesudahannya apa..

Dia Umarku.

Kerana padaku dia berpotensi menjadi seperti Umar Al Khatab bila dia kenal syariat Allah dan melaksanakannya.

Melihatkan akan hal inilah yang buatkan aku ingin teruskan dan cuba perlahan2 memandu hatinya kembali pada Allah...mengikut rentaknya penuh berhikmah...yang terkadang aku sendiri terleka :(

Hinggakan Allah menjawab Istikharah yang ayah amanahkan untuk tak putus lakukan ...

Gerak hati seorang ibu tidak mampu aku nafikan.

Ada asbab Allah hantar isyarat itu kepada ibu.

Lantas, dengan kata berhikmah agar tiada dendam antara kami, aku hentikan hubungan tersebut yang hampir saja sampai ke matlamatnya seperti yg dirancang sebelum ini..

Tipulah tidak sedih dan kecewa.

Untuk redha
Ambil masa
Moga ada hikmah...
Allahu....

Walaupun ini merupakan kali keempat, peritnya tetap terasa. Cuma kali ini terasa agak kuat sedikit untuk harung ujian kali ini.

Banyak perkara boleh dimuhasabahkan.

Dan mengenali dirinya, memberi banyak pengalaman..terlalu banyak... dan moga dia juga menjadi lebih baik.

Moga hati hati kami tenang...Allahu robbi..


Jangan pernah menghukum ...

Comments

Popular Posts