Finale Thesis Correction

Major Correction 60 Hari 

Ya. 60 hari aku setuju jika selama 8minggu tak bekerja dan mengadap fokus buat. Sebulan boleh siap dan sebulan lagi boleh through and flow kat examiner untuk semak.

Realiti?

Perlu bekerja dan yess. Jika hidup itu perfect.

Dimana rumah yang selesa ada bilik sendiri yang mana kau lebih privasi nak buat kerja.
Dimana tempat kerja kau dekat dengan rumah. Tak penat nak ulang alik. Tak kisahlah sama ada naik kereta atau pengangkutan awam.
Dimana gaji kau 3K tu semua tuk kau je sebulan. Tak de nak kena bagi komitmen sampai separuh gaji!

Ya. Ini semua antara sebab aku start lemau.

Bukan nak merungut tak selesa ke apa. Tapi dalam orang kata nak"dancing in the rain" tu kau kena kental untuk berasa Qanaah dan Bersyukur.

Jika ada lah yang baca ni semua masalah tu tak de tapi masih beralasan, memang nak hempuk je!

Solusi? 

Isu
Dimana rumah yang selesa ada bilik sendiri yang mana kau lebih privasi nak buat kerja.
& Isu
Dimana tempat kerja kau dekat dengan rumah. Tak penat nak ulang alik. Tak kisahlah sama ada naik kereta atau pengangkutan awam.

- Ya, rumah ku. syurga ku. Asbab inilah sepanjang aku belajar Master dan PHD aku tak duduk kat rumah. Yer. Aku boleh jadikan bilik yang dikongsi itu bilik idaman aku. Tapi masalahnya yang berkongsi sama tak nak bagi komitmen. Penat wehy. ko balek keje rumah tengok bilik macam reban. Ko balek keje penat2  nak rehat nk buat thesis lagi. terus potong mood. Last-last tiap kali balek keje memang HARAM nk bukak thesis. Penat weyyyh - aku gi keje naik public transpot...tapi kalau aku bawak kete sama je penatnya.

- Jadinya, yang terbaik buat keje luar dari rumah. Sama ada stay kat opis atau mana2 kafe. YERRRR aku boleh buat yang ni seperti mana sebelum ni yang aku punyai KERETA. 

- Kereta ayah ada tuk guna tapi aku kena ambik dan hantar adik aku gi keje lah kalau nak guna. dan semua tu drag masa dan pastinya isu ini berkait dengan asbab terakhir DUIT!

dah ko nak ulang alik pi keje - isi minyak- nak lepak buat keje kat luar lagi ..semua tu kos!

-SO ? HOW????????


Tido kat OPIS? huhu ini aku ada juga terfikir.


Maka.... dalam kepayahan itu selama 60 hari yang lepas ditambah 30 hari pelanjutan pertama aku kuatkan hati. Bukak la thesis buat..siap ambil cuti buat. Tapi hasilnya? memang slow giler dan aku jadi down.


Masa terus berjalan dan engkau perlu HADAP walau apa berlaku.

Akhirnya tiada pilihan. Untuk aku tak stress, bulan September selepas peruntukan separuh gaji untuk komitmen.

Aku peruntukan untuk mencari keselesaan menyiapkan thesis. Tak makan sangat pun tak pe asalkan ada tempat yang boleh buat aku fokus untuk siapkan.

Ya, jika diperhalusi.. separuh masa je lagi nak siap. Tak perlu stress sangat dan tenang-tenang sahaja hadapi.

Sesungguhnya aku bukan merungut atas tiap kekurangan .. tetapi mencari solusi dan mungkin perlu perhalusi ruang mana aku harus baiki diri untuk lebih tenang hadapi tekanan kecil sebegini. Hakikatnya ia berkait dengan bagaimana kita melawan nafsu kita. Nafsu tidak pernah sanggup bersusah payah. Ia inginkan yang mudah dan selesa sahaja.



Comments

Popular Posts