Post Viva

A Journey to Remember

3 bulan sudah berlalu Viva jika saya ungkit kenang kembali. Mungkin boleh saya ingat-ingatkan kembali susananya. Alhamdulilllah, saya mendapat perlepasan cuti untuk Viva selama seminggu oleh supervisor di tempat kerja atas komitmen yang berjaya ditunjukan sebelum itu.

Entri sebelum ini ada gambarkan suasananya sehari sebelum Viva. Berbading semasa Viva Master, yang malamnya saya tak boleh tido ..gelisah.. kali ni saya agak tenang. Tido cukup, bangun awal segar dan Allah hadirkan perasaan tenang.

29 June 2018, pagi Jumaat yang barakah beserta hujan renyai yang syahdu di pagi itu, bertalu-talu untai doa saya panjatkan kepadaNya. Sempat buka laptop kat mamak, sarapan dulu..dan revise Slide.



Saya tiba awal di SGS. Jam 8 saya melangkah masuk, membawa semua jurnal, device semasa buat eksperiment dan raw data. 


Banyakkan zikir dan sempat juga baca surah Al Waqiah sementara menunggu examiner semua tiba.
lebih kurang 20minit saya bentangkan Slide Viva kemudian sesi soal jawab. Pemerikasa dari Fakulti Engineering banyak bertanya untuk bahagian biometric. Alhamdulillah akhirnya saya dapat keputusan lulus with major modification. 

Syukur Ahamdulillah :)

Perasaaan???

huhuuuuu sama macam masa Master.. ada blank kejap ..

Pastu telifon ayah dan khabar kat ibu yang saya dah berjaya melepasi satu tahap paling penting dalam pengajian saya :)

Hepi tu kejap je.. menitik la jugak air mata ..hahaaa

Pastu serabut nak fikir celah mana nak siapkan correction tesis... sebab tugasan di ofis menanti.

dan semakin hari saya down untuk sambung mengadap pembetulsan tesis tesebut...

mungkin

di tambah dengan kekangan saya yang paling saya rasa tak kuat sikit nak terima ialah tiada kenderaan..

dah  penat sangat .. ulang alik pergi keje travel with public transpot .. naek train ok lagi leh tido dalam train, yang lemaunyer nak tunggu bas dari steyen LRT satu jam jugak melangut ..pening kepala pusing2 padahal 5 minit je kot kalau naek kete....ada satu hari tu, saya jalan kaki sebab tak nak pening naek bas. Jauh jugak la 5km..dah sampai umah nak bukak tesis? memang tak la kan..

Allahu.. terasa amat terbatas sangat ... bukan nak merungut tapi meluah... Allahu moga aku jadi lebih bersyukur

terasa terbatas sangat 

ye laaa... sebelum ni dah biasa ada kenderaan , mudah je nak kemana2 jimat masa dan tak letih sebab kita boleh rancang on the spot nak kemana2

jika tak nak naek bas..pulus kena tebal la nak naek grab atau teksi ..  kalau tak tunggu lah berjam-jam bas seringgit. ...boleh dikatakan hampir RM500 habis untuk transpot tiap bulan je .. tu syukur jugak Kak Shue (sahabat sekerja) hantar ke LRT waktu balek. InsyaAllah bayar termampu je duit minyak, moga Allah berkati dan murahkan rezeki Kak Shue.

apa pun saya sahut cabaran tak berkereta ni sebagai satu cabaran baru. 

TT

................... monolog ......

DAN mungkin

AKU dah PENAT sangat

akan sambung cabaran dan nak muhasabah sikit diri ni untuk motivate sket asbab lemau semacam nak sambung buat correction Viva ni ...



Comments

Popular Posts