2020 Separuh Tahun Review

:: Bismillahirahmanirrahim::





Sudah lama tak menulis di blog ni. Kebiasaaanya jika itu yang berlaku, bermakna saya berada dalam keadaan yang agak terkawal dari segi pengurusan emosi sedih saya. Sebab biasanya saya akan mula monolog dan luahkan apa yang saya rasa tak puas hati disini.

Penghujung tahun 2019, saya telah merangka dan mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk tahun 2020. Antaranya:

1. Siapkan Journal
2. Graduate
3. Keje di UPM
4. IELTS Exam
5. Jalan-jalan reward kat Krabi

Awal January saya masih belum dapat rentak untuk menulis journal dan siapkan sebab sangat sibuk dengan tugasan ofis dan memang terasa letih minggu berganti minggu. Namun tanpa disangka, 2020 Alah uji satu dunia dengan Virus Corona. 18 March, Malaysia lock down dan kami bekerja dari rumah.

Apa yang menarik sangat, saya sangat produktif berbanding pergi kerja ulang-alik ke ofis. Sepanjang tempoh PKP ni berikut merupakan apa yang saya sudah berjaya buat:

1. Siapkan Journal
2. Online Class untuk journal (2 kelas)
3. Online Class untuk website security (2 kelas)
4. Setup Page untuk dropship
5. Kerja Ofis mantop
6. Sertai Bengkel Menulis

Kurang stress dan hepi je buat keje. Pada mulanya saya rasa agak tertekan juga sebab kena setup tempat bekerja dirumah yang kurang selesa. Tapi bila sudah susun atur semua supaya saya lebih selesa, pada saya tak de masalah pun untuk kekal produktif dirumah.

Owh ya, saya ada beli Journal/Diary Planner untuk 2020. Tapi selepas guna..saya tak rasa ia sesuai dengan saya. Sebab kebanyakkan pages dia ada yang saya tak dapat isi dan ada juga yg buat saya rasa stress nk isi dan tak enjoy seolah terpaksa.

Saya terjumpa Bullet Journal, rasanya ia sesuai dengan saya dan ia lebih fleksible untuk dibuat. Jadi untuk separuh masa akhir lagi 6 bulan ni, saya nak full swing untuk capai apa yang saya nak till the end of this year.

Jadi, berikut saya senaraikan apa yang saya nak archive by the end of 2020. Ada jangka masa panjang dan ada small goals.

1. Journal Accepted - Graduate - Working at UPM
2. IELTS Exam Preparation
3. Passive income - Dietliciouss Agent (2k simpanan) after batman dangles and the new leather bracelet
4.  Fitness body goal
5. Me & Family

Moga dipermudahkan semua urusan





Comments

Popular Posts