Diary, To Do List, Planner & The bullet Journal


Diary & Note Book

Saya sudah terbiasa menulis diary sejak kecil. Menulis merupakan salah satu cara untuk saya lepaskan semua yang ada dalam kepala. Sejak darjah 6 saya memang ada buku diari. Buku nota kecil pula ibu memang ajar untuk catit to do list kerja sekolah apa yang perlu buat.

Kedua-dua rutin ni secara tak langsung buat saya terbiasa untuk menulis, hingga saya masuk universiti. Masa ni, saya sudah mula berjinak-jinak menulis blog. Waktu itu blogging baru nak naik dan Facebook juga baru naik.

Boleh dikatakan saya ada 3 blog sebelum blog yang ni. Hahahaa. Satu blog diari menulis semua luahan hati, kedua blog tazkirah untuk tatapan umum dan akhir skali blog research.
Yang mana akhirnya saya tutup kessemua blog kerana masing-masing ada tinggalkan kenangan tersendiri.

Saya bangkit dan kekalkan blog ini sahaja. Disini, mana-mana penulisan yang saya rasa tidak mahu kongsi, tanpa rahu-rahu saya akan buang sahaja. Cukup hanya saya sahaja yang pernah luahkan dan faham. Tak perlu untuk tatapan umum.



Untuk diari personal luahan data, saya pilih untuk tulis online. Semua luahan rahsia saya abadikan disitu dan tidak lagi di media elektronik. Salah satu cara untuk kurangkan masa online dan lebihkan lebih masa offline.


Planner 

Saya sudah terbiasa merangka Planner dan apa yang perlu dibuat sejak zaman sekolah. Jika waktu sekolah saya akan rangka jadual belajar. Apa subjek yang saya nak ulangkaji sepanjang seminggu dan juga kerja sekolah yang perlu dibuat.

Semua rutin disekolah rendah hingga sekolah menengah ini buat saya semakin terbawa semasa saya lanjutkan pengajian diperingkat universiti. Aktiviti harian semakin padat dengan mesyuarat kelab dan persatuan disamping perlu uruskan subjek yang diambil dan peperiksaan.

Saya akan beli planner baru pada setiap semester pengajian. Semua to do list sepanjang pengajian saya rangka dan masukkkan dalam planner uni yang telah terangka waktu cuti semester dan minggu peperiksaan.

Hal ini terbawa hingga saya sambung pengajian master dan PhD yang memerlukan lebih disiplin diri.
Kurang pengawasan tugasan oleh supervisor.

Alhamdulillah, kesemuanya mengheret saya untuk kekal merangka dan merancang tugasan hingga saya bekerjaya.


The BUJO

Bullet Journal System merupakan satu sistem yang dibina dalam menjadikan journaling bukan sekadar coretan, to do list yang bukan sekadar lampiran list serta planner bukan sekadar meletakkan apa yang perlu buat dikotak-kotak ruang kalender.

Ia lebih daripada itu.

Setiap task harian akan dipantau dan kebanyakkan bahagian ada beberpa section tracker dan diawal setiap bulan ada review dan lampiran gratitude atau motivasi.

Yang menjadikan ia lebih menarik bila kita boleh bebaskan gaya kreativi dalam menjadikan Bujo kita lebih menarik. Memandangkan saya memamng suka gunakan saluran kreativiti dan artisan untuk terapi diri, BUJO memang kena dengan jiwa saya.

Hampir dua minggu saya monitor semua tugasan harian. Yang paling menarik bila saya leka dan down. Bila lihat semula BUJO saya saya akan kembali on track.

Secara tak langsung, BUJO jadikan saya sentiasa ingat tentang matlamat bulanan dan harian dan dari hari ke hari saya akan sentiasa pastikan diri untuk sentiasa upgrade dan tiada masa yang terbuang.

Berbanding dahulu, apabila saya rasa saya sudah strike  to do list masa yang tersisa saya akan lebih haniskan dengan tidur. Sedangkan jika saya betul2 peruntukkan jumlah masa yang ada. Saya mampu buat lebih dan upgrade banyak skills.




Comments

Popular Posts