Cabaran bahagia.

"When Allah is your friend, who is your enemy?"
Tidak mengapa jika kau dipinggirkan, malah dilupakan kerana selamanya orang lain takkan tahu, betapa bahagianya dirimu apabila memiliki hati emas itu! Mengapa? Kerana bahagia itu letaknya pada hati. (DimanaDiaDihatiKu, m/s28)

Bahagia

Petikan diatas tidaklah saya maksudkan apa-apa. Tiada rasa terpinggir dan dilupakan pun. Cuma tertarik dengan kata kunci bahagia itu letaknya dihati. Dalam mendepani ujian, kita sering rasa putus ada kalanya tertekan dan menjerumus kepada tidak ceria dan bahagia.

Biarlah yang peritnya melalui dugaan namun hatimu bahagia.

Bagaimana untuk bahagia dari hati?

Akrabkan diri dengan Allah. "When Allah is your friend, who is your enemy?" 
Walaupun ketika itu kau rasakan musuh itu adalah dirimu sendiri.

Cabaran

Owh ya, Cabaran saya bermula.

1. Siapkan thesis
2. Sihat dan Cergas
3. Pembahagian masa yang mantap dan disiplin diri yang tinggi,

Ia tidak mustahil walaupun sukar :)

Mencabar diri keluar dari zon selesa. Berani berhadapan dengan tekanan dan cuba baiki diri dari masa ke masa dalam menguruskan tekanan. InsyaAllah..kehidupan itu satu perjalanan dan proses pembelajaran.

Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya dan moga terus Istiqamah.

p/s: Bermula hari ini hingga 25 Ogos saya berada dirumah, fasa survival kerana elaun pembelajaran saya masih belum aktif hampir 3bulan sejak bulan 5 hingga sekarang, Senyum dan belajar bersyukur, moga ada hikmah sepanjang dugaan ini.

Comments

Popular Posts