Day 6 #100daysIfaThesisChallenge - biar perlahan tetapi konsisten-

Terbatas

Seharusnya bermula bulan ini saya harus laju menyiapkan eksperimen saya. Atas keterbatasan, saya terpaksa melakukan tugasan dirumah. Tidak mampu untuk tinggal dikolej. Lebih jimat berada dirumah, mujur dirumah ada unifi yang laju berbanding di kolej/fakulti. Cuma dirumah suasananya agak berbeza untuk saya fokus. Jujur, banyak golek-golek haha! Untuk menyedapkan hati, golek-golek sambil fikirkan solusi..Ok apa haha!

Freelance Task

Rezeki. Allah hadirkan melalui tugasan freelance membuat website. Dua website sedang menanti dan moga ada rezeki lagi dari tugasan ini. Alhamdulillah sedikit ruang bernafas di tengah-tengah bulan ini. Dapatlah diagih-agihkan untuk adik yang turut terkesan apabila saya hilang punca. Maafkan kakak sayang. Sabar ya, kakak sedang usahakan yang terbaik untuk kita sekeluarga..

Mencari Hikmah

Bahagianya bila dirumah, adalah kerana saya pasti mendapat mutiara nasihat dari ayah. Sama ada dari perbualan 10 minit dalam kereta mahupun 5 minit sesi taklim dari ayah setiap kali selepas solat maghrib. Antidot emosi dan rohani yang terbaik untuk saya. Setiap nasihat yang disampaikan sama ada formal mahupun bebual biasa menjadi kekuatan untuk saya.

Aduhai, merenung wajah redup sayu ayah..wajah risau ibu... membuatkan saya tidak mahu kembali ke kampus. Ingin selamanya bersama mereka disini. Etahlah...

Moga Allah mudahkan segalanya. Pembahagian waktu yang mantap perlu dipraktiskan dalam berdepan dengan situasi ini. Seminggu lagi saya perlu followup dengan pendaftar berkenaan elaun saya yang tertunggak. Syukur, sekurangnya masih ada yang membiaya dan ada kerja yang sedang menanti. Walaupun dalam perjalanan untuk menyiapkan penyelidikan yang lagi 'sedikit' sahaja lagi ini ternyata seperti 'banyak ' lagi yang perlu buat. Hanya namaMu! bersyair diqalbu ini!






Comments

Popular Posts