Amanah

Task Force

Amanah ini tangungjawab saya. Saya perlu kemaskini sebaik mungkin masa saya agar dua pioriti ini dapat saya uruskan dengan baik.

Kerana sebaik sahaja setuju untuk terima sebarang tugas, ia perlu diselesaikan sebaik mungkin. Ini prinsip saya. ITQAN.

Namun, terkadang kita sudah usahakan sebaik mungkin bahagian kita..korbankan pelbagai pioriti, malah "masa depan" yang amat kritikal..

Allah hu! Manusia, begitulah ... janji manis sebelum terima amanah, pabila diuji sedikit "kerenah" mula mengungkit. Sedangkan yang "kerenah" itu terjadi merupakan kesan dari tugasan yang belum sempurna diselesaikan.

Agak terkilan yang amat pabila terpukul dengan tiada komitmen kesungguhan malah kerjasama dari pihak tertentu yang menjadikan tugasan itu kurang sempurna.

Dalam situasi begini, menyalahkan mana-mana pihak tiada solusi. Ah..pasti ada saja alasan sendiri...

Apa yang perlu dibuat adalah mencari solusi.

Jika ikutkan amarah, memang sayalah yang paling kritikal perlu marah. Marah-marah juga tapi dapatkah marah itu selesaikan masalah? Hanya letih menghambur emosi.

"Usah dimarahkan gelap yang membelengu laluan, carilah lilin yang memberi cahaya"

Pause sebentar. Susun tugasan.

Fikir.

Zikir.

Ingat janji Allah...

Saya semak semula surah kesayangan saya, tiap kali bersedih...surah ini surah pemujuk hati kekasihNya..

Ikhlaskan semula niat ... surah Muhammad ayat 7 ....

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(QS. 47:7)

Allahu... ya Ilahi, permudahkan... dalam situasi ini saya hanya mampu minta Allah sahaja yang balas baik buruk yang diterima... moga kuat! Secebis momen ujian sebagai saripati kehidupan. KUAT!

Comments

Popular Posts