Bersangka baik

Terkilan

Terkadang, kita buat baik pada orang... tolong mudahkan orang, nasihatkan orang malah tegur secara halus sebab takut hati orang itu terasa... namun terpalit juga sangkaan buruk dari orang tersebut...

Allah hu akhbar... andai itu kilaf diri. Moga Allah ampuni dan lindungi dari buruk sangka orang lain.

Sifirnya mudah, tiap teguran..kata-kata adalah bagaimana kita menilai dan menerimanya, jika hati terpalit rasa negatif..semua yang baik ..nada yang baik..maksud yang baik..nampak buruk dan penuh amarah...

Tapi bila hati itu tenang, positif dan tiada sebarang perasaan marah, dendam bersangka2 semuanya boleh diterima dengan baik ... dan anggap ia sesuatu yang boleh diguna untuk perbaiki diri..

Cuma satu perlu di ingat buat diri jua..
Manusia itu pelbagai karakter, kita cuba berakhlak baik.. andai tak diterima dengan baik, dan disalah erti... pujuklah diri ...

Ingatkah kita bagaimana Rasulullah yang berdepan dengan pelbagai akhlak manusia?

Maafkan... belajar lepaskan... doakan sahaja yang baik2 buat mereka... Allah Maha Mengetahui ...

Mudah sahaja melafaz kata, namun hakikatnya bila berdepan dengan situasi dan diuji, banyak sahaja khilafnya.. masih belajar...

Comments

Popular Posts