Andai dapat disembunyikan

Hadiah terindah ...

"Jom beli barang keperluan. Beli yang penting-penting je ye sayang. InsyaAllah dah masuk elaun nanti kakak beri duit poket."

"Ok kakak..."

Dia seorang adik yang sangat baik. Kami berbeza umur 12tahun.

Saya terus memandu kereta. Dia adalah kesayangan saya. Hadiah dari Allah buat saya. Tiga tahun saya mohon pada Allah agar hadirkan seorang adik yang solehah sebagai peneman. Pada tahun 1995, saya mendapat dua kegembiraan. Kegembiraan pertama, UPSR yang sangat cemerlang, "Straight 4A" walau saya pada ketika itu berada di kelas dua paling akhir dalam sekolah. Kegembiraan kedua lahirnya insan ini jawapan kepada doa yang dipanjatkan. Kedua-dua kegembiraan ini adalah hari semalam yang saya amat perlukan sebagai kekuatan hari ini.

Melihat dia membesar sejak tapak kakinya sebesar dua jari, hingga kini adalah sesuatu yang paling indah saya miliki dan ia merupakan satu amanah terbesar. Kasih sayang tak terlimpah buat dirinya. Hingga terkadang terasa terkilan kerana gagal berikan yang terbaik buat pengajiannya. Dia terpaksa terpukul sama dalam ujian yang saya lalui, Tapi dia seorang yang kuat. Hatinya kental. Sekurangnya dia memiliki tahap skill daya tahan kehidupan yang kuat. Itu yang saya sering terapkan, Jangan meminta-minta, sebaliknya berusaha dengan segala daya upaya untuk teruskan kehidupan.

"Kakak... kenapa kakak nampak sedih? tak mo la camni .."

Eh? tersentak saya. Saya cuba senyum.

"Tak de apa-apa, kakak tengah fikir pasal research kakak."

Ya saya sememangnya begitu. Jika ada masalah, atau sesuatu yang serius bermain difikiran pasti jelas tergambar pada raut wajah. heh! Memang sukar sembunyikan masalah disebalik senyuman. Perlu belajar lagi. :)

"Ala.. jangan la stress-stress.. Intan kalau stress tengok movie.. atau paling tak tido .." cadangnya cuba memberi solusi.

"Okay! baik! kakak tak stress..kakak nak hepi-hepi! Jom kita makan kat Makan Culture, kakak belanje" saya cuba sembunyikan kekusutan yang bukan hanya berkait berkenaan penyelidikan saya tetapi KITA sekeluarga. Allah hu!

Syukur.

Allah hadiahkan dia dalam hidup saya. Terapi terindah. Peneman tersayang. Banyak saya belajar sepanjang membesarkan dirinya. Ia meliputi pelbagai aspek, dan saat dia remaja kini, sememangnya perhatian yang lebih perlu diberikan kerana jika tidak dia akan mencari perhatian yang lain.

Dia bijak, matang dan pandai membawa diri. Saya yakin dia mampu menjadi seorang yang cemerlang satu hari nanti.

Kakak akan cuba sedaya kakak, pastikan Intan berjaya dunia dan akhirat. Be a solehah ye sayang, ingat! biar bidadari syurga cemburu pada kita :)



Semester ini semester terakhir dia dalam pengajian. Praktikal, Alhamdulillah, Intan berjaya mendapat keputusan keseluruhan anugerah dekan setakat semester sekarang. That's my girl!


"Survival Mode Activate!"

Seusai membeli barang keperluan dan menghantar semula Intan ke kolej, saya terus bergerak ke Gombak. Menyambung perbincangan penyelidikan. Sepanjang perjalanan semestinya fikiran saya ligat mencari solusi survival seterusnya.

Setelah saya pertimbangkan pelbagai situasi, saya putuskan untuk wajib bertindak cari kerja separuh masa bermula dari sekarang untuk keperluan bulan 3 tahun hadapan.

letih, tapi harus teruskan.. jangan putus asa!









Comments

Popular Posts