Jatuh dan bangkit!

Jika ditanya apa kelemahan diri jika diberi peluang untuk dicabut terus aku pilih "Emosi Sedih" ini.

Ia merupakan cabaran yang paling sukar bila Allah uji. Namun, sepanjang usia melewati pelbagai hujan ribut ujian...aku belajar.

Cukup satu hari untuk "bersedih" dan kemudian harus segera kembali ceria dan bersemangat semula.

Padaku, kelemahan itu bukan kekurangan sebaliknya alat untuk kita latih diri menjadi kuat. Sebab itu tiap perkara negatif harus dialihkan kepada sudut pandang positif.

Tak salah tuk kau menangis kecewa, merintih hiba. Tetapi pastikan kau yang menguasai kelemahan itu bukan emosi itu yang membungkam diri.

Sabar. Tabah. Tenang. Ikhlas dalam terima semua yang berlaku. Disini konsep Redha dan terima qada dan qadar wajib diimani.

Bila akal sudah pilih untuk positif dan terima, kuatkan hati dengan syairqalbi (zikrullah)... Disini kau kan rasa kembali tidak berputus asa.

Begitulah insan.

Apa jua yang berlaku... Jangan kau jauh dariNya... Fikir dalam-dalam saat kau tenang. Ada hikmahNya. Dia nk kau dekat denganNya.

#fikirdanzikir

Comments

Popular Posts