Terang Bulan - Fakhrul Halim


Usai sahaja satu hari masa diambil untuk habiskan buku Terang Bulan karya Saudara Fakhrul Halim.
Saya amat teruja dengan cara olahan plot yang digarap menjadikan kita ternanti-nanti apakah kesudahan dipenghujung cerita.

Ada beberapa input psikologi yang saya suka dalam novel ini. Ia merupakan bacaan santai tetapi padat dengan bahan yang ilmiah.

Entah bila saya mampu menulis seperti mereka-mereka yang telah berjaya.

".. setiap orang adalah bulan, dan kau adalah kegelapan aku. Cuma malam ini, aku akan paksa bulan aku mengikut arah yang aku mahu dan aku akan bawa cahaya ke tempat yang tak pernah terima cahaya. Apabila cahaya datang, kegelapan akan hilang.." (Terang Bulan, Fakhrull Halim)

Setiap antara kita punyai sisi gelap
Ibaratnya sang rembulan..
Cuba disembunyi
Hingga satu masa sisi gelap itu
hampir sebati dalam hati...
Menghempas jauh sisi terang
Yang miliki 1001 potensi diri...
Sejauh mana diri ingin terus hanyut
Walau sesekali mengintai si sisi gelap?
Jangan biar ia meraja dijiwa, Carilah cahaya...
Agar sisi gelap itu bisa sirna semula..
bila cahaya datang,
kegelapan akan hilang...
Biarpun kan terbit bayang-bayang
Yang akan tetap mengekori...
Itulah mujahadah diri
Selagi nafas masih belum berhenti

Comments

Popular Posts