Updated my virtual library


.

A book a month for 2019 Challenge 
.
Hari ni update Goodreads.
.
Selain menulis, my escapism place is in my books wonderland. Jika dengan menulis kita dapat meluah dan kemudian menulis kata-kata semangat untuk kita bangkit sendiri ikut apa kata hati dan akal,
.
Membaca, kau akan dapat kata-kata semangat dan sudut pandang yang berbeza dari orang lain. Untuk hal ini agak sukar sikit nak buat pilihan buku, sebab nak dapat buku yang kena gaya penulisannya dengan jiwa kita tu tak banyak.
.
Genre yang menjadi pilihan, jika isu serius atau jenis ilmiah saya lebih suka sejarah dan biografi kejayaan seseorang- kisah inspirasi sebenar. Genre sejarah, saya gemar garapan Pak Talib. Dan Ustaz Pahrol Juoi untuk genre rohani.
.
Dulu umur 2 series suka lah layan novel cinta stok-stok akhadiat akasyah, sekarang dah nak muntah kalau baca stok novel macam tu..tapi tu la sekarang memang susah nak jumpa novel yang membangunkan jiwa seperti tulisan Habiburrahman El Shirazy. Semua tulisan beliau saya suka. Sebab ada fakta dan isi padat dengan ilmiah disamping gaya tulisan yang tak bosan- ia seperti tersentuh dari hati ke hati.
.
Novel tempatan setakat ni yang saya akan cari ialah tulisan RAM (Ramli Awang Mursyid) Siri Sunan, merupakan siri kesinambungan novel beliau yang sangat saya suka. Ada lagi dua buku untuk lengkapkan siri.
.
Sepatutnya total buku yang sudah dibaca tuk tahun ni ialah 12. Tapi saya berjaya hanya 6 sahaja. Its okay, cuba lagi Tahun 2020.
.
Pada saya, jumlah bacaan buku tahunan merupakan salah satu indikator untuk saya ukur KPI diri sama ada produktif atau tak. Jika makin banyak buku yang dibaca, bermakna masa lapang saya kurang dengan gadget.
.
Kebanyakan masa pun scroll2 Ig, Fb...tapi sejak langgan Netflix ni hahaa... tak pe, jadikan resolusi tahun ni.
.
Keep going be a better person.
.
Oh ye, baik novel atau movie ... ia adalah pilihan pada diri kita tuk pilih. Ada yang sekadar beri hiburan ada yang beri pengajaran dan tak kurang juga yang beri motivasi untuk kehidupan.
.
Pilihan tetap pada kita dan tiada yang salah-betul.


Comments

Popular Posts