Mendapat Rentak

Paksa Diri 
Jika dilayan malas, jika dilayan tak de mood, jika dilayan tiada idea mahu menulis. Sememangnya sepanjang hari itu akan tak kemana dan terus bermain dengan ruang perasaan yang tidak membawa sebarang produktiviti.

Alhamdulillah minggu ini menjadikan setiap hari dengan target "Hari ini harus lebih baik dari semalam" 

Tugasan di tempat kerja berjaya disusun dengan baik.

Ruang masa yang berbaki banyak diofis selepas siapkan tugasan terus saya gunakan untuk membuat tugasan tesis. (Minta izin juga dengan bos dan mereka faham, asalkan kerja yang diberi siap) Saya juga pernah cuba sehari balik lambat (selepas maghrib, jam 8) tinggal di ofis cuba siapkan apa yang patut, tetapi lapar pula. Mungkin perlu sediakan biskut dan minuman segera sebagai alas perut.
Implimentasi masa kali ini sedikit berjaya.

Moga momentum terus bergerak dengan laju hingga ke akhir garisan.

Pantas dan buat kerja hingga siap dengan fokus ini saya belajar dari seorang sahabat yang sangat saya kagumi :)

Seseorang yang memberi sumber inspirasi kepada saya secara tidak langsung sepanjang saya 'bekerja' dengan beliau.

Prinsip kerja nya mudah, "Buat cepat, selesaikan segera jangan bertangguh supaya boleh enjoy! dan rehat tak perlu pening-pening kepala" cara begini akan membuatkan kita memaksa diri dalam keadaan apa jua untuk mencari solusi kepada tugasan sehingga berjaya selesai.

Walaupun pada awalnya saya rasa terkejar2 tetapi, berjaya mendapat rentak dan berjaya selesaikan!
Konsepnya lebih kurang susah2 dahulu untuk senang kemudian..tetapi, dalam implementasi cuba dapatkan cara paling mudah atau pintas. Be smart ^^

Rasa perlu hadiahkan diri hari ni :) jom!

Comments

Popular Posts