Minggu pertama bulan kedua

"Ayah... susah..."

Satu perkataan saja merangkumi 1001 usaha yang telah diusahakan sepanjang bulan 1 yang lalu. Dia adalah motivator saya. Rindu yang amat kerana sudah lama tidak pulang ke rumah menatap wajah sayu beliau.

Rindu terlerai bersama luahan ... bertakung air jernih dikelopak mata cuba ditahan.. tak mampu menatap anak matanya yang redup.

" Tiada apa yang susah..pasti boleh buat!"

Suntikan semangat terus diberi.

Jatuh kebumi jua air mata yang cuba ditahan.

" Kakak penat... tak tekejar masa yang ada ..." jelas saya sambil fikiran mengenang kembali rutin harian yang sedaya mungkin saya susun.

" Kakak boleh buat, sebelum ini kerja yang kakak harungi lagi susah bukan? perlu jaga kedai lagi penat kan? kali ni kakak kerja di ofis. Suasananya lebih selesa tuk kakak kan? "

Saya terdiam. Benar.

Suasana kerja sekarang saya hanya perlu bahagikan masa antara kerja ofis dan menulis tesis.

Saya perlu kuatkan semangat dan teruskan. Usaha dan usaha. Doa dan doa!

Selesaikan hingga siap sehabis mungkin!

Yakin boleh!

....

Saya sudah penat ... tak sabar rasanya untuk habiskan belajar dan bekerja pula.. walau hakikatnya semasa berkerja kelak perkara yang sama (belajar) tetap akan ada.. mungkin sudah penat hendak bertahan dalam "survival mode"

Rezeki itu dari Allah..bersyukur pada yang sedikit, Allah akan tambah.

Bersabarlah ...

dan hakikatnya, tahun 2016.. bertambahnya usia.. menjentik hati menanti rezeki jodoh yang pasti mengusik naluri seorang gadis yang seusia saya..moga saya terus tabah seperti tahun-tahun yang sudah.. menjaga maruah diri dan terus menanti ... ayah pesan "bila tiba masanya akan tiba, sabar dan banyakkan berdoa"

'pesan ketabahan'

Seorang muslimah yang KUAT dan TABAH, tidak melihat sesuatu yang ditakdirkan oleh Allah untuknya sesuatu yang boleh melemahkan dirinya. Sebaliknya memperuntukan segenap ruang masa yang Allah berikan untuk dirinya itu sebaik mungkin. Berbaktilah kepada kedua ibu ayah sehabis mungkin, Allah mentakdirkan dirimu untuk lebih lama berkhidmat untuk mereka. Kerana engkau seorang yang amat setia. Terlalu setia. Taatilah mereka sebelum taatmu beralih pioriti. Dirimu terlalu istimewa...






Comments

Popular Posts