#100daysIfaThesisChallenge VS #ThesisFullBlast : Momentum Baru yeay!

 #100daysIfaThesisChallenge

Cabaran ini saya gagal pantau :(

Memang sukar sebenarnya nak disiplin dalam cabaran. Perlu kekuatan mental, emosi dan kesungguhan yang jitu.

Supaya saya tak stress, cabaran ini saya tukar kepada satu kaedah motivasi [Cave Mode]
kaedah ini masih meletakkan dateline sebagai cabaran disiplin. Cuma jangkamasa agak fleksibel.
dalam durasi [Cave Mode] sebarang anasir luar adalah dilarang terlibat. Segala bentuk sosial media dihentikan hanya bloging untuk pemantauan kerja sahaja dibenarkan.

haha!


Minggu Kedua Bulan Kedua

" Siapkan segera coding eksperiment supaya kamu boleh laju menulis thesis. Kemudian, hantarkan dahulu Chapter 1, Chapter 2 dan Chapter 3 hardcopy supaya saya boleh semak dahulu" 

Sudah 2 minggu saya "berhutang" tugasan yang diminta oleh penyelia saya. Kesemua bab tersebut saya sudah siapkan, cuma saya belum puas hati dengan kemaskini terkini. Pada masa yang sama, saya masih mencari momentum dan ruang masa yang saya selesa untuk pecut menulis dan selesaikan eksperimen akhir.

Minggu lepas saya memang "down". Penat dengan metod pertama penjadualan waktu. Untuk kali ini, saya usahakan kaedah kedua pula penyusunan waktu. Itu pun setelah mendapat momentum baru selepas balik bercuti dan beberapa nasihat dan sokongan dari along. (Thanks along, moga Allah mudahkan research along disana)

Target Terdekat 

1. Eksperimen & Coding : Hari ini paling lewat 14hb
2. Penulisan Draf :
              Bab 1 15hb paling lewat 17hb
              Bab 2 & Bab 3  17hb paling lewat 19hb

* Maklumat lanjut saya akan pecahkan kepada sub bahagian di blog research saya :) Kaedah begini saya amalkan semasa sesi penulisan master saya. Pemantauan harian dibuat melalui blog penyelidikan kerana saya cepat hilang fokus. Selepas siap tulis sedikit demi sedikit saya akan update di blog. begitulah hingga selesai. Kerana itu saya lebih selesa Multi-Tasking. Sambil2 disana sini. Haha.. lain orang lain cara. Tapi saya perlu kuasai kaedah FOKUS yang benar. 




Tugasan Programmer

Tugasan RA saya sudah mendapat tugasan koding. Alhamdulillah setakat ni dapat selesaikan. Sangat mencabar! belajar benda baru berkenaan thread dan networking

*pemantauan penjadualan masa saya akan laksanakan selama 2minggu untuk lihat progress dan hasilnya :)

Gambate!
All the best!
Caiyok2!
Pasti boleh buat punya! 
Yoish!

"La haula wa la quwwata illa billah"

Comments

Popular Posts