Having a fun weekends

"Kakak.. nak ikut intan, lydya ngan basha gi NU central? Gegirl day out"
"Korang wat pe je kat sana? Nk pi tgk wayang ke?"
"Tak tau lagi..saje lepak2 jalan2"
"Em..takpe la..kakak nk balik kolej terus"

Lepak. Istilah "lepak" saya adalah duduk dimana2 coffee house yang ada internet, bersama headphone dan laptop, kemudian buat kerja. Tak kisahlah coding, writing atau surfing internet updating blog atau cari input menarik.

Berjalan-jalan, window shopping..hmm ya ada, tapi jika ingin beli sesuatu atau cari sesuatu. Jika tak memang tak de la nk round2. Paling lama round pun sekadar untuk servey harga baju yg target nk beli bila dapat gaji. Hahhaa!

Lepak paling best bagi saya adalah dibilik bersama buku dan radio. Itu sudah cukup "fun" walau nampak macam boring. Ya! Saya suka muzik. Haha!

Sekali sekala saya ke gym untuk workout atau workout dalam bilik ikut video utube.
Mungkin sejak kecil, saya sudah terdidik duduk rumah. Jadi, saya kurang suka keluar rumah. Dan juga tak ramai kawan nak hangout. Syukur ada Intan, the only sister and also my best buddy. Huh! A lone ranger !

Mujur ada aktiviti menarik tahun ini, yang sedikit sebanyak mengisi ruang masa saya agar lebih berwarna-warni dan adventure. Projek ini masih diperingkat awal, jadi saya belum bersedia untuk kongsikan. InsyaAllah bila semuanya berjalan lancar akan saya kongsikan sebab ia pengalaman yang sangat menarik pernah saya lalui ^^ moga usaha kami berjaya!

Do you have fun? This weekend? Hmm... boleh la..asalkan tak stress ^^

hmm kerana saya Introvert person Type 2 . kebetulan terjumpa di facebook :) 


Comments

Popular Posts